FESTIVAL Rockaway yang dinanti-nantikan bakal berlangsung dalam masa lima hari sahaja lagi. Tetapi dalam saat terakhir ini, kumpulan indie rock OAG baru tersenarai sebagai salah satu kumpulan yang turut menggegarkan pentas WKND.
Setelah 5 tahun mendiamkan diri, Radhi, Hafizul serta ahli-ahli baru seperti Nazrin (bass), Azam (dram) dan Izmeer (biola / keyboard) akhirnya akan turut bersama menjayakan Festival Rockaway yang ketiga ini yang diadakan bersempena dengan perlumbaan MotoGP 2012.
Kumpulan tersebut bakal beraksi dari jam 7.30 malam sehingga 8.00 malam, diikuti dengan persembahan dari Plainsunset yang berasal dari Singapura, Darren Ashley, Dizkopolis dan Deer Society.
Antara lagu-lagu yang dimainkan sepanjang 30 minit berada di atas pentas adalah "Di Bawah Satu Tanah Air", "Shining Light", "Generasi Ku", "Permysuri" dan "Selamba".
Bagi mereka yang masih belum mendapatkan tiket konsert lagi, tiket boleh dibeli di cawangan Red Tix: Rock Corner dan Victoria Music Center ataupun di laman AirAsiaRedTic.com dengan harga RM138 (prajualan) ataupun dibeli secara terus di pintu masuk konsert dengan harga RM178.