Seorang wanita Britain, Suki-Jane Taylor, 42, mengalami derita dalam hidupnya kerana gara-gara cacing pita.
Taylor terpaksa menjalani pembedahan kecemasan di bahagian otaknya kerana organnya itu dipenuhi telur cacing pita dan beribu-ribu ekor cacing itu!
Lebih menyedihkan, dia menderita penyakit Neurosysticercosis di mana boleh menyebabkan kerosakan kekal pada bahagian otak dan merosakkan sistem saraf.
Pada mulanya, Taylor sering mengalami gangguan penglihatan dan gangguan keseimbangan dalam badan juga penyakit epilespi.
Kerana apa? Semuanya kerana dia kerap makan daging babi.
Secara tidak sengaja, dia telah menelan larva yang terdapat di dalam daging babi.
Akibatnya, Taylor mengalami pembengkakan pada salur darah di bahagian otaknya.
“Mereka telah mengeluarkan cacing pita dari otak saya. Sarang itu terbentuk di atas tulang belakang dan di bahagian belakang otak,” kata Taylor.
Ketika ini, Taylor telah pun kehilangan deria rasa dan bau. Malah, dia juga sering mengalami tekanan.
Jadi, waspadalah untuk kita semua dalam mengambil sebarang bentuk makanan.