Dua pekerja memeriksa kabel jambatan gantung tertinggi di dunia
dikenali sebagai Titlis Cliff Walk yang dibina di Pergunungan Titlis, tengah Switzerland.
Jurutera mengambil masa lima bulan untuk menyiapkan jambatan yang dikenali sebagai Titlis Cliff Walk itu.
Jambatan yang terletak pada ketinggian 2,743 meter di atas paras laut itu turut menjadi jambatan gantung tertinggi di Eropah.
Pembinaan jambatan sepanjang 101 meter dan lebar hanya 91 sentimeter itu melibatkan kos sebanyak 1 juta pound (RM4.9 juta).
Majlis pembukaannya yang diadakan pada hujung minggu lalu turut diadakan ketika ribut salji, sekali gus mengurangkan jarak penglihatan kepada hanya beberapa meter.
Pembinaan Titlis Cliff Walk itu adalah sempena ulang tahun ke-100 pembukaan laluan kereta kabel yang menghubungkan pekan Engelberg dan Gerschnialp pada Januari 1913.
Pembinaan jambatan itu memberi cabaran besar kepada jurutera dengan waktu kerja bergantung kepada keadaan cuaca.
“Semua orang kagum dengan jambatan gantung itu dan pembukaannya juga dibuat ketika ribut salji, sekali gus memberi satu cabaran kepada sesiapa yang mahu melaluinya," kata Peter Reinle daripada Syarikat Kereta Kabel Titlis.