Monday, April 08, 2013

Tahniah! Shaheizy Sam Berjaya Mengulangi Kejayaan Di ABPBH 2012


Shaheizy Sam
Sebentar tadi telah berlangsungnnya anugerah penuh berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Anugerah yang bertemakan Ledakan Geometri kali ini telah menampilkan tiga pengacara hebat, iaitu Fara Fauzana, Zizan Razak dan Johan sebagai penyeri majlis dan nampaknya keserasian gandingan ketiga-tiga pengacara ini mampu membangkitkan lagi kehangatan aura ABPBH sebentar tadi.
Untuk makluman, ABPBH kali ini menampilkan sedikit kelainan, dengan menampilkan enam kategori baru yang diundi menrusi ‘online,’ di mana antara kategori yang dipertandingkan adalah Gandingan Serasi di Layar, Artis Lelaki Stailo, Artis Wanita Stailo, Watak Animasi Tempatan Popular, Artis Berpengaruh di Laman Sosial serta Watak Jahat Dalam Filem atau Drama.
Wah, meskipun Zizan berjaya mendominasi kebanyakan kategori ABPBH pada malam ini, akan tetapi populariti Shaheizy Sam tidak boleh disangkal lagi apabila aktor berbakat tersebut berjaya dinobatkan sebagai Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2012 dengan berjaya mendapat kutipan sebanyak 79,656 undian sekaligus berjaya membawa pulang set barang kemas dari Habib Jewels, Kereta Nissan serta Trofi ABPBH. Tahniah! diucapkan untuk Shaheizy Sam.