Nurul Izzah dan Keluarga menangis apabila Hakim mengumumkan DS @anwaribrahim bersalah di Mahkamah Rayuan! Dimanakah hati perut manusia yang percaya kepada fitnah? Apakah lagi yang mereka mahukan? Sanggup memisahkan sebuah keluarga hanya semata2 utk membenarkan kezaliman itu terus berlaku!!
5.23pm: Wan Azizah dan anak-anaknya dilihat mengalirkan air mata.
Anwar berkata kejadian pada 1998 kini berulang apabila mahkamah juga mendapati beliau bersalah pada jam 5 petang.
"Ia berulang lagi, mereka mahu letak saya dalam lokap, sebab itulah mereka tidak mahu teruskan dengan mitigasi," katanya.