Biasanya ulser mulut ni sembuh atau hilang dalam seminggu tapi kita akan sukar nak makan atau minum, pedih la. Kadang-kala, rasa macam tak nak langsung sumbat apa-apa dalam mulut.
Ada beberapa cara nak hilangkan ulser mulut ni.
1) Sapu ubat Bonjela. Boleh dibeli di kebanyakan farmasi, rasanya sejuk selepas disapu.
2) Makan aiskrim. Agak pedih, tapi boleh cepat kecutkan ulser mulut.
3) Kumur dengan air garam. Memang pedih, tapi lama-lama akan kurang sikit.
4) Sapu getah batang keladi. Ia cepat kecutkan ulser mulut ni.
5) Sapu kapur makan. Petua orang tua-tua.