Monday, April 07, 2014

Saksikan Filem Malaysia Pertama Diklasifikasi 18SX (adegan seks)

Jarang-jarang sekali filem terbitan dan keluaran anak tempatan mendapat klasifikasi 18SX di mana terdapat babak yang memaparkan adegan seks yang tidak keterlaluan.

Namun, tahukah anda filem Malaysia pertama yang mendapat klasifikasi sedemikian?

Filem Litar Kasih yang diterbitkan pada 1996 merupakan filem pertama tempatan yang mendapat klasifikasi tersebut kerana terdapat sebanyak tujuh adegan yang tidak dipersetujui Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM)
.


Antara adegan yang dipotong adalah berkaitan dengan babak pelacuran, ciuman, lumba motosikal haram, rogol, suasana dalam kelab dan dialog yang mempunyai mesej lucah.

Litar Kasih merupakan arahan Eddie Pak yang dilakonkan oleh Azhar Sulaiman, Linda Rafar, Faizal Hussein dan Aishah Atan. – MYNEWSHUB.MY