Awal bulan lalu, dunia hiburan tempatan digemparkan dengan berita pelakon wanita berdarah kacukan, Julia Ziegler dikatakan mabuk dan menunjukkan perangai kurang sopan di Sydney, Australia sewaktu menjalani penggambaran di sana.
ARTIKEL BERKAITAN : [ARTIS] Memalukan - PELAKON WANITA KITA MABUK TERUK DI SYDNEY
Bagaimanapun, Julia yang ditemubual oleh sebuah akhbar tempatan tempoh hari menafikan perkara tersebut selain mengakui terkejut dengan khabar angin yang tersebar.
Terbaru, nama Julia sekali lagi terpalit kontroversi apabila pelakon tinggi lampai itu dikatakan tidak beradab sewaktu menjejakkan kaki ke sebuah rumah yang dijadikan lokasi penggambaran.
Daripada apa yang disampaikan oleh sumber, Julia bukan setakat tidak memberi salam dan bermanis muka, malah turut berlagak seperti pelakon diva.
Antara tweet yang menghentam Julia
Tidak cukup dengan itu, pengarah drama itu juga dikatakan terpaksa meminta maaf kepada tuan rumah bagi pihak Julia atas sikapnya yang disifatkan biadab itu.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh anak kepada tuan rumah tersebut di laman Twitter beberapa hari lepas, selepas tidak tahan dengan kesombongan Julia.
Berbeza dengan Julia, Diana Rafar yang turut membintangi drama tersebut dilihat sangat merendah diri dan menghormati penghuni rumah berkenaan.
Menerusi pemerhatian kami, kedua-dua pelakon ini sedang menjalani penggambaran sebuah drama terbaru berjudul Dosa Semalam.