Tuesday, May 20, 2014

[ARTIS] Serik Bercinta Dengan "Bad Boy", Shila Amzah Cakap Pasal Siapa? [VIDEO]


Beberapa hari lepas, sebuah rancangan bual bicara di Astro, Chat With VVIP musim kelima telah menjemput Shila Amzah sebagai tetamu undangan pada episod kali itu.

Sepanjang temubual tersebut, Shila banyak bercerita tentang awal penglibatannya di industri hiburan China serta kesungguhannya mempelajari bahasa Mandarin demi mengembangkan kerjaya seni.

Bagaimanapun beberapa minit sebelum tamat, pengacara program tersebut bertanyakan kepada Shila mengenai kisah cintanya.




Shila pula dengan terbuka menceritakan tentang bekas teman lelakinya yang disifatkan sebagai sangat mengongkong dan dikategorikan sebagai bad boy.


Dia tak menyokong saya, dia tak beri saya ruang. Saya sering berada dalam kesedihan setiap hari. Dia tak suka saya menyanyi dan jika dia tak suka saya pakai sesuatu baju, dia akan suruh saya tukar. Dia lebih tegas dari keluarga saya.

Selain daripada itu, Shila juga mengakui dirinya telah dikaburi dengan cinta hingga sanggup berjauhan dari keluarga sewaktu kisah cintanya ditentang banyak pihak suatu ketika dulu.



Bila saya balik rumah, keluarga saya faham tentang keadaan saya yang memerlukan ruang dan masa. Tapi saya gembira kerana sekurang-kurangnya saya dah pernah buat macam tu.

Persoalannya, bekas teman lelaki Shila mana satu yang dimaksudkan? Menerusi komen peminat, ada yang mengandaikan lelaki itu adalah Sharnaaz Ahmad.


Biarpun ramai tidak bersetuju dengan tindakan Shila menceritakan sikap buruk bekas teman lelakinya, namun ada juga peminat yang masih menyayangi penyanyi bertaraf antarabangsa itu dan sentiasa memberi kata-kata semangat.

Apapun, Kami harap Shila akan dipertemukan dengan seorang lelaki yang jauh lebih baik sebagai cinta hatinya suatu hari nanti.