Monday, May 19, 2014

Majalah lucah khas untuk orang buta, mata saja buta, nafsu tidak!



Di Kanada, sebuah majalah pornografi telah dilancarkan khas untuk orang buta. Majalah itu ditulis dalam tulisan braille dan lukisannya dalam lukisan yang tertimbul memaparkan gambar wanita dan lelaki berbogel.

Majalah itu diberi nama “Tactile Minds” hasil karya Lisa Murphy. Majalah ini lengkap dengan ayat-ayat yang lucah dan gambar bogel lelaki dan perempuan yang dijual dengan harga RM 675 senaskhah.

Terdapat sebanyak 17 keping gambar ditampilkan. Antara lukisan timbul yang terdapat dalam majalah ini ialah perempuan bogel yang menari disco, perempuan dengan ‘perfect breast’ dan ‘male love robot’.



Antara tahun 1970 dan 1985 Playboy mencetak salinan majalah terkenal itu dalam braille -tetapi tanpa gambar-gambar yang timbul.

Menurut Lisa, dia menghasilkan buku ini kerana dia merasakan bahawa golongan buta seperti telah ditinggalkan dan dipulaukan oleh gambar-gambat yang seksi.