Friday, May 02, 2014

Ulama Rogol Gadis 14 Tahun, Telinga Dan Hidung Ulama Dipotong!


Baghlan (Afganistan):Sepasang suami isteri menghiris telinga dan hidung seorang ulama tempatan sehingga putus sebagai tanda membalas dendam terhadap serangan seksual ke atas anak gadis mereka yang baru berusia 14 tahun.

Abdul dan Sultana Qahar dari wilayah Baghlan, utara Afganistan berpura-pura mengumpan ulama berkenaan ke rumah mereka untuk makan malam.
Mereka kemudian mengikat dan menghiris muka mangsa hingga putus.

“Saya memotong telinga dan hidungnya,” Qahar memberitahu Reuters di pejabat ketua polis wilayah, tempat dia ditahan.

“Saya tidak tahu jika kucing sudah memakan telinganya, tetapi hidungnya jatuh ke dalam longkang,” katanya.

Ketua Hal Ehwal Wanita wilayah itu, Khadija Yaqeen berkata, gadis berusia 14 tahun itu memberitahu ibu bapanya mengenai serangan seks berkenaan empat bulan yang lalu.

Sultana menjemput ulama itu ke rumah mereka untuk satu makan malam, kata polis.

Kedua-dua mereka ditahan polis pada keesokan harinya.

Jurucakap polis Bahglan, Ahmad Jawid Basharat berkata, si bapa mengikat tangan dan kaki ulama berkenaan sebelum melakukan perbuatan ngeri itu untuk membalas dendam.

Ulama, berusia 32 tahun itu menafikan tuduhan dia menyerang anak pasangan mereka.

Polis memberitahu mereka sudah memulakan siasatan terhadap kes itu. *Gambar Hiasan