TENTU kita
pernah mendengar ungkapan, ‘Apa Ada Pada Nama’ bukan? Telah terbukti
bahawa nama amat penting dalam memain peranan terhadap diri seseorang
individu/insan.Dalam program
Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan
Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut
merupakan antara nama-nama anak Jin.
6 Nama Bayi Yang Perlu Dielakkan, No 4 Adalah Yang Selalu Diberi
Walaupun
sebutan nama-nama berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut
pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir
dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit
misteri kepada seseorang.Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini
untuk dinamakan pada anak-anak :
1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya
Peringatan
dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang mempunyai
nama-nama seperti di atas TIDAK perlu untuk menukarkan nama tetapi
cukuplah dengan menukar nama panggilan.
Sebagai contoh, kalau nama NUR
NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan
kepada Nur saja.Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa
atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang,
semuanya ketentuan-Nya jua.
Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas. Sebab itulah dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi berdosa memakai nama tersebut.
Sumber : Trend Malaya