Kisah Wan Diana dan pasanganya telah menjadi viral di internet sejak semalam.
Ia berlaku di Instagram,
Tunang Wan Diana yang menggunakan ID Instagram @mhfzz telah memuatnaik 1 gambar yang mengandungi sebungkus nasi ayam beserta nota minta maaf.
“To – Wan Diana
IM Sorry
Please forgive me
IM Outside, plz come out baby”
Kemudian Wan Diana re-post gambar tersebut di akaunnya yang boleh diakses oleh public.
Susulan itu, Wan Diana telah memuatnaik 1 gambar yang menunjukkan
sebuah Iphone 6 dan dipercayai sebelum ini Iphone 6 itu dibungkus di
dalam nasi ayam tadi. Ia satu kejutan buat Wan Diana dari tunangnya
dalam usaha memujuk orang yang sedang merajuk. Respon dari Wan Diana
adalah positif Dan dia turut speechless dengan kejutan ini.
Seorang pengguna Instagram bernama Afiq Mahadhir menyatakan pemberian
Iphone 6 oleh tunang Wan Diana adalah sesuatu yang tidak perlu
didengkikan oleh segelintir orang. Hal ini kerana tunang Wan Diana
seorang yang berkemampuan dan berjaya di dalam bisnes. Malah, dia
menyatakan tunang Wan Diana bernama Hafiz ini memiliki Lamborghini dan
juga kilang di usia muda.
Instagram tunang Wan Diana Omar
Tunang Wan Diana Omar ini juga merupakan sepupu kepada Shila Amzah.
Banyak komen-komen negatif dilemparkan kepada pasangan bakal
pengantin ini gara-gara merajuk dapat Iphone 6. Sepatutnya kita
mendoakan kebahagiaan orang, bukan sebaliknya. Barulah hidup aman damai
dan harmoni.
Ada juga yang mengimpikan pasangan masing-masing semanis tunang Wan Diana Omar
Kepada pasangan Wan Diana Omar dan Hafiz, selamat ke jinjang pelamin pada Disember ini dan semoga kekal hingga ke Jannah.
Happy Ending
Sumber: The Voket
Saturday, November 15, 2014
- In: artis malaysia
- Posted By: Anonymous