Monday, November 24, 2014
- In: INFO
- Posted By: Anonymous
Ikan Keli Bewarna Keemasan Berjaya Ditangkap Dengan Bubu
SARATOK: Seorang penduduk Apai Rickey tesemalam telah tertangkap seekor ikan keli yang pelik dengan bubunya. Seekor ikan itu pelik kerana ia bewarna emas seperti seekor ikan emas.
Beliau yang terkejut dengan penemuan itu berkata selama usianya sudah menjangkau 50 tahun ini kali pertama beliau menjumpai ikan keli seperti itu sejak beliau masih kecil. Penemuan itu telah berjaya menarik perhatian penghuni rumah panjang Buchai terletak 30 kilometer dari pekan Saratok.
“Semua penghuni warga emas di rumah panjang kami mengaku tidak pernah melihat keli sedemikian rupa. Ia terperangkap dalam bubu yang saya letak di paya belakang rumah panjang kami,” kata Apai Rickey.
MMenurut beliau juga paya tempat beliau menahan bubu itu dipanggil Sungai Rarong adalah satu tempat biasa bagi penduduk di situ menahan bubu dan orang lain yang menahan bubu di kawasan itu tidak pernah menjumpai ikan keli seperti itu.
“Berpuluh-puluh ekor ikan keli, haruan, toman serta beberapa jenis ikan air tawar lain di paya ini.Menggunakan kaedah bubu duduk ini berumpankan biji sawit dan ubi, saya memperoleh banyak hasil.
“Tetapi seminggu lepas, sewaktu saya memeriksa bubu duduk yang di paya ini, saya terkejut terlihat seekor ikan berwarna keemas-emasan terperangkap dalam bubu bersama dua ekor keli lain,”.
Pada awalnya beliau amat takut untuk mengambi ikan tersebut kerana takut perkara pelik terjadi tetapi cuba memberanikan diri membawa ikan itu baik kerumah panjang.
“Rata-rata warga emas di sini sependapat, inilah kali pertama dalam hidup mereka melihat ikan keli seakan-akan ikan emas. Mereka menyarankan saya memeliharanya kerana mungkin ada hikmah tersembunyi di sebalik penemuan ini,” katanya.
Ikan keli sebesar lengan kanak-kanak itu telah dipeliharanya atas nasihat ayahnya dan diletakakn di dalam tong berhampiran bilik air rumahnya.
“Saya memberi makanan biasa seperti biji kelapa sawit, cacing serta serangga. Dan, ikan keli ini menjadi tumpuan sebab ramai yang datang melihat,” jelasnya.
Menurut beliau selepas ramai mengetahui tentang ikan itu ada ramai pihak telah datang ke rumahnya untuk membeli dengan harga yang tinggi tetapi ditolak olehnya.
“Kami sekeluarga tidak pasti sama ada akan terus memelihara, melepaskan atau sebaliknya,” kata Apai Rickey dengan tidak pasti.