Balian Buschbaum dilahirkan pada 1980 sebagai Yvonne Buschbaum, dan dia adalah bekas atlet sukan lompat galah, Jerman. Beliau adalah yang kedua terbaik lompat galah perempuan di Jerman, pada 2007 Buschbaum mengumumkan persaraannya kerana kecederaan yang berterusan. Beliau juga menyatakan keinginannya untuk memulakan terapi jantina . Pada tahun 2008 beliau secara rasmi menukar namanya dan menjalani pembedahan tukar jantina untuk menjadi seorang lelaki.