Wednesday, December 03, 2014

Video pelakon ditampar peminat kerana Terlalu seksi




Pelakon Bollywood, Gauahar Khan, ditampar oleh seorang peminat lelaki, Akil Malik, 24 tahun. Akil merasa berang lantaran pelakon tersebut mengenakan pakaian seksi ketika menjadi salah seorang pengacara pada pertandingan Raw Star di Film City di Goregaon, Mumbai.

Malik bangkit dari tempat duduknya dan menyerang perempuan tersebut di acara yang disiarkan secara langsung tersebut. Malik kemudiannya ditahan oleh pegawai polis. Kepada pihak polis, Malik mendedahkan alasan di sebalik tindakannya tersebut. "Sebagai seorang wanita muslim, dia tak seharusnya memakai pakaian seperti itu," katanya.

Tak jelas bagaimana Malik boleh menghampiri Khan ketika acara tersebut berlangsung memandangkan kawalannya sangat ketat.

Khan sendiri kelihatan sangat terkejut dengan insiden tersebut, tetapi dia kembali tampil satu jam kemudian untuk meneruskan acara tersebut.

Lihat Video di bawah