Thursday, January 29, 2015

Mahkamah Tetapkan 3 Syarat Kepada Awie Untuk Lawat Anak





Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan memutuskan bahawa hak penjagaan sementara yang dituntut oleh Rozana berpihak kepadanya.

Kalau nak tahu, hak berkenaan diserahkan kepada Rozana sehingga perintah kekal hak jagaan anak dikeluarkan kelak.

Namun, untuk pengetahuan korang, ada beberapa syarat yang dikenakan keatas Awie tau! Nak tahu apa, jom baca lagi.


Awie boleh lawat anak 2 jam sahaja




Menurut laporan Berita Harian, Rozana memberitahu Awie hanya dibenarkan melawat kediaman anak mereka selama dua jam sebanyak dua kali iaitu hari Sabtu dan Ahad minggu pertama serta ketiga.

Awie dilarang ganggu anak dikediaman atau sekolah



Awie beserta ahli keluarga, mahupun wakilnya dilarang sama sekali daripada mengambil dan mengacau anak mereka di kediaman mahupun di sekolah.

Awie tak boleh aibkan Rozana



Selain itu, mahkamah turut memutuskan supaya Awie atau mana-mana pihaknya untuk tidak mengaibkan Rozana dengan apa jua cara.

Sama ada di media elektronik, laman sosial ataupun media cetak sepanjang prosiding kes hadhanah berjalan.

Hmm, makin hari makin complicated pula kes perceraian Awie dan Rozana ni. Tapi, nak buat macam mana kan? Kita tunggu dan lihat sajalah siapa ditempat yang benar nanti.