Monday, February 02, 2015

Budak 12 tahun curi kalung bernilai RM16 juta






HONG KONG, (MLP) - Pihak berkuasa di sini sedang mencari seorang gadis yang berusia 12 tahun kerana dipercayai telah mencuri sebuah kalung 117 karat yang bernilai RM16 juta.

Rompakan tersebut berlaku di kedai Emperor Watch and Jewellery di pusat beli-belah Tsim Sha Tsui.

Perkara yang menakjubkan adalah cara kalung tersebut dicuri di mana suspek telah berjaya mendapat akses ke bahagian belakang kedai dan mengambil kunci kotak kaca untuk kalung berkaitan. Sementara itu, dua rakan sejenayahnya telah menoleh perhatian kakitangan kedai. Suspek kemudian mencuri kalung dan memasukkannya ke dalam jaketnya.

Dengan serta-merta dia keluar dan telah menaik sebuah teksi. Penjenayah-penjenayah yang terlibat dipercayai adalah warga Cina.