Tuesday, February 03, 2015

Lelaki mengaku S E K S bersama Dengan ikan lumba-lumba





SEORANG lelaki mengaku mengadakan hubungan seks dengan ikan lumba-lumba kerana mendakwa binatang itu telah menggodanya, beberapa puluh tahun lalu.

Malcolm Brenner (gambar), 63, mengakui menjalin ‘hubungan’ dengan Dolly semasa dia tinggal berhampiran dengan bekas tapak pusat hiburan keluarga (theme park) di Sarasota, Florida, pada tahun 70-an.

Brenner menceritakan kisah intim dengan ‘kekasihnya’ itu dalam sebuah dokumenteri 15 minit berjudul Dolphin Love yang bakal ditayangkan dalam masa terdekat.

“Saya mengusap belakang badan Dolly dan dia pun mula bertindak balas seolah-olah mahu melakukan hubungan seks dengan saya,” katanya saat bercerita bagaimana dia boleh ‘terlanjur’ dengan haiwan tersebut.