Sunday, February 08, 2015

SKANDAL BINTANG AF DENGAN WANITA "BERUSIA" TERBONGKAR?



Susah juga hendak percaya cerita disampaikan teman ini kepada Cik Pang. Sebabnya, kalau hendak diikutkan daripada perwatakan bintang Akademi Fantasia 2014 (AF2014) ini, tidak mungkin dia mahu bercinta dengan wanita yang jauh lebih tua.

Namun sumber ini sungguh-sungguh meyakinkan Cik Pang yang bintang AF2014 tidak kurang juga kacaknya ini betul-betul jatuh cinta dengan wanita itu.

Dia siap menyatakan bukti lagi. Katanya, bintang AF2014 itu hadir bersama wanita berkenaan me­nyaksikan persembahan Hafiz bersama Hazama dan Akim di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bintang AF2014 itu dilihat berpeluk-pelukan dengan wanita itu. Apabila Hafiz mendendangkan lagu cinta, mereka saling berpandangan seperti mahu menyatakan lagu dinyanyikan itu ditujukan antara satu sama lain.

Cik Pang seperti kenal dengan wanita dimaksudkan itu dan jika tidak salah Cik Pang, orang dimaksudkan itu juga kakitangan produksi.

Patutlah sebelum ini rakan Cik Pang sering terserempak bintang AF2014 ini keluar bersama wanita dimaksudkan, tetapi tidak me­ngesyaki apa-apa memandangkan usia mereka jauh berbeza.

Kemungkinan juga mereka rapat disebabkan pernah bekerjasama sebelum ini dan dakwaan mereka mempunyai hubungan istimewa hanya sekadar gosip dan cakap mulut orang keliling.

Cik Pang tidak berani hendak mengesahkan perkara ini kecuali kalau perkara itu Cik Pang nampak depan mata kepala sendiri. Namun kalau ramai yang bercerita perkara sama, takkan Cik Pang tak nak percaya. Entahlah...