Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Thursday, March 12, 2015

ISIS gantung 8 mayat di gerbang Kota Hawija



Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), Sabtu (7/3/2015), mengeluarkan sejumlah foto mengerikan yang memperlihatkan lapan mayat digantung dengan kedudukan terbalik di gerbang bandar Hawija, wilayah Kirkuk, Iraq.

Di atas pintu gerbang itu kelihatan bendera hitam ISIS, sementara penduduk sekitar termasuk kanak-kanak menyaksikan kelapan orang yang digantung itu.





Di antara kelapan mayat itu beberapa memakai pakaian tentera. Namun sejauh ini belum diketahui apakah mereka memang anggota tentera Iraq.

Dalam salah satu foto terlihat seorang ahli ISIS yang diyakini adalah Abu al-Rahman bergambar di depan kelapan jasad tergantung itu sambil memberikan penghormatan khas ISIS.





Diyakini, Hawija akan digunakan ISIS sebagai pangkalan terkuat mereka di saat Amerika Syarikat tengah melatih pasukan Iraq untuk merebut kembali Mosul yang ketika ini dijadikan "ibu kota" ISIS.

Di bandar ini pula sejumlah tahanan berpakaian seragam oren diarak keliling bandar di dalam sangkar. Perarakan tebusan itu dikeluarkan ISIS melalui sebuah video pada Februari lalu.





Video itu dikeluarkan tak lama selepas ISIS melaksanakan pilot Jordan Muath al-Kassasbeh dengan cara dibakar hidup-hidup di dalam sebuah kurungan.

Hawija adalah bandar dengan sebahagian besar penduduknya adalah Sunni Muslim. Bandar ini sangat strategik kerana mempunyai jalan raya yang menghubungkan Mosul dan Baghdad.

Read more…

Saturday, March 07, 2015

WANITA PAKAI BURKA DIROGOL BERKALI-KALI



Allahabad: Mungkin tidak semua lelaki di India buas, namun kejadian terbaru membabitkan mangsa yang memakai burka menjadikan tanggapan itu sukar untuk diketepikan.

Media semalam melaporkan, seorang wanita berusia 20 tahun menjadi mangsa serangan seksual empat lelaki sebelum ditinggalkan di pinggir bandar Jhusi.

Sumber polis berkata, wanita itu anak seorang doktor.

“Mangsa ditemui pengsan di tepi jalan dan masih memakai burka.

“Dia mengalami pendarahan teruk dan dibawa ke Hospital Dufferin untuk rawatan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa sebelum itu keluar dari rumahnya di Pratapgarh pada tengah hari, tetapi tidak pulang setelah hari semakin lewat.

Mangsa menceritakan pengalaman pahitnya itu kepada polis sejurus selepas tersedar daripada pengsan.

Katanya, dia dibawa ke tempat terpencil dan dirogol berkali-kali.

“Bagaimanapun, polis masih perlu menjalankan siasatan rapi kerana mangsa belum stabil serta kerap mengubah kenyataannya.

“Pada awalnya, dia mendakwa diculik beberapa lelaki menaiki kenderaan SUV ketika menuju ke kolej sebelum dibawa ke tempat tersembunyi dan diperkosa.

“Bagaimanapun, mangsa mengubah kenyataannya dengan mengatakan pada hari kejadian dia sedang dalam perjalanan untuk berjumpa bapanya di Allahabad selepas bertengkar dengan ibunya.

“Dia dipaksa turun dari bas oleh beberapa rakan dan kekasihnya lalu dibawa ke sebuah tempat dan dirogol,” katanya.

Read more…

Kanak-kanak tiru hukuman bakar hidup-hidup IS





Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Yaman nyaris maut apabila dibakar rakannya di dalam sebuah sangkar selepas mereka cuba meniru hukuman yang dilakukan kumpulan militan, Negara Islam (IS) terhadap juruterbang Jordan.

Mangsa yang belum didedahkan identiti itu, dilapor telah diserang oleh lebih dari tujuh kanak-kanak sebelum mereka mengurungnya di dalam sebuah sangkar di kampung Dahtaht.

Ketika mangsa mula dibakar, sekumpulan penduduk telah melihat kejadian itu dan menyelamatkannya daripada maut di dalam sangkar berkenaan.
Baru-baru ini dunia digemparkan dengan hukuman bakar hidup-hidup terhadap juruterbang Jordan, Muaz Alkasasbeh oleh IS.

Hukuman seumpama itu adalah yang pertama dilakukan kumpulan militan terhadap tawanan selepas hukuman lain seperti tembak dan sembelih.
Kanak-kanak yang cuba membakar rakan mereka itu didakwa mendapat idea untuk bertindak demikian selepas melihat video pembunuhan juruterbang Jordan di telefon bimbit milik ahli keluarga.

Berikutan kejadian tersebut, kaki kanan mangsa melecur dan dia berada dalam keadaan trauma

Read more…

Thursday, March 05, 2015

REMAJA MALAYSIA TERLIBAT DALAM RAKAMAN VIDEO SEMBELIH ORANG





Satu rekaman video isis sedang menyembelih orang ternampak seorang remaja yang didakwa berasal dari malaysia ikut serta dalam penyembelihan tawanan perang di syria itu.

Rakaman diperoleh Bahagian Risikan Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia selepas ia dimuatnaik di laman Facebook anggota IS Malaysia pada 22 Februari lalu.



Video berdurasi 30 saat ini memaparkan aksi Muhamad Wanndy Mohamad Jedi, 25 tahun berasal dari Melaka yang tiba di Syria 26Januari lalu bersama isterinya, Nor Mahmudah Ahmad.

Turut dikenalpasti adalah Mohd Faris Anuar, 20 tahun, individu yang merakam video ini berdasarkan pengecaman suara.

Manakala lelaki yang memegang kepala tawanan perang dipercayai warga Indonesia.

Video turut dimuatnaik bersama status, menyatakan bahawa ia sebagai pengajaran dan hukuman kepada sesiapa yang mengkhianati islam

Perkara itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Senior Asisten Komisioner, Datuk Ayub Khan Mydin, pada sidang media di sini, hari ini.

Read more…

Friday, February 27, 2015

NENEK MENGANDUNG BENIH MENANTU



London: Seorang wanita memohon di sebuah mahkamah di sini supaya dibenarkan mengandung cucunya sendiri menerusi telur anak perempuannya yang meninggal dunia.

Wanita berusia 59 tahun itu dan suaminya mendakwa sebelum meninggal dunia anak perempuan mereka meminta supaya telurnya disenyawakan dengan sperma didermakan dan dimasukkan ke dalam rahim ibunya.

Pasangan itu berkata, prosedur berkenaan satu-satunya cara untuk mereka mempunyai cucu selepas anak tunggal mereka meninggal dunia akibat kanser usus empat tahun lalu.

Bagaimanapun, sehingga ini belum ada klinik di Britain bersetuju melakukan prosedur berkenaan.

Pasangan yang tidak didedahkan nama merancang membawa telur itu ke klinik di New York, Amerika Syarikat (AS) yang bersedia melakukan proses persenyawaan dengan bayaran £60,000 (RM336,928). - Agensi

Read more…

BAYI JADI MANGSA CABUL PENGASUH


Gambar hiasan


Kuala Lumpur: Malang buat seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan apabila menjadi mangsa cabul ketika berada di rumah pengasuhnya di Kepong, di sini.

Kejadian itu hanya hanya disedari ibu mangsa kira-kira jam 7.30 petang Jumaat lalu sebaik mengambil anaknya itu dari rumah pengasuh terbabit.

Menurut sumber, difahamkan si ibu yang berusia 33 tahun mengesyaki anaknya dicabul suami pengasuh terbabit berusia 30-an.

“Mangsa menyedari perubahan anaknya itu ketika ingin menukar lampin pakai buang apabila terlihat kesan gigitan di badan dan lebam di alat sulit bayi itu,” katanya.

Sumber berkata, wanita terbabit kemudian menghubungi pengasuhnya dan bertanya mengenai hal itu namun diberitahu kesan itu akibat anaknya belajar duduk serta akibat lampin pakai buang tidak ditukar.

“Sangsi dengan alasan pengasuhnya, dia yang tidak berpuas hati kemudian merujuk perkara itu kepada pihak hospital.

“Selepas pemeriksaan wanita terbabit terkejut apabila dimaklumkan doktor ia bukan daripada kesan lampin pakai buang sebaliknya terdapat tanda dicabul,” katanya.

Wanita itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

Read more…

Pencuri dibakar hidup-hidup





Jakarta – Seorang suspek pencuri motosikal dibakar hidup-hidup oleh orang ramai yang berang dengan tindakannya cuba menyerang dua individu sebelum cuba melarikan kenderaan itu di Tanggerang, awal pagi kelmarin.

Jurucakap polis, Martinus Sitompul berkata, ada empat penyamun cuba melarikan motosikal berkenaan.

“Kejadian berlaku jam 1 pagi ketika seorang lelaki menunggang motosikal dan seorang wanita memboncengnya.

“Suspek menaiki dua motosikal dan menghimpit mangsa sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan parang bagi memaksa penunggang terbabit berhenti.

“Pembonceng cuba melawan dengan merampas parang berkenaan menyebabkan suspek hilang kawalan dan terjatuh,” katanya.

Tiga suspek lain melarikan diri dan meninggalkan rakan mereka yang dikejar orang ramai.

Apabila dapat ditangkap, kata Martinus, penyamun terbabit dicurah dengan minyak tanah sebelum dibakar menyebabkan dia akhirnya mati di tempat kejadian.

“Identiti penjenayah itu belum diketahui kerana mayatnya rentung,” katanya.

Read more…

Ibu muda "melacur" dalam semak




SUNGAI PETANI – Seorang ibu muda yang mengaku janda antara yang ditahan di lokasi pelacuran dekat kawasan semak di Taman Kampian, Jalan Sekerat, jam 11 pagi semalam.

Turut ditahan dua wanita dan seorang lelaki yang berperwatakan seperti perempuan di port pelacuran yang hanya dilengkapi dengan khemah serta alatan lain dipercayai untuk aktiviti pelacuran.

Bagaimanapun, hasil soal selidik mendapati wanita berusia 22 tahun itu masih berstatus isteri orang dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Pemeriksaan ke sekitar lokasi pula mendapati ia seakan-akan lokasi perkhemahan dalam semak namun dipenuhi alatan kondom digunakan untuk pelacuran.

Kesemua mereka yang ditahan anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda itu dibawa ke pejabat untuk soal siasat selain memanggil waris untuk tindakan selanjutnya.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Alwi Osman berkata, dua perempuan ditahan mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 iaitu melacur manakala seorang lagi wanita bukan Islam dilepaskan selepas diberi khidmat moral.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak melebihi enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu.

“Manakala seorang lelaki berperwatakan perempuan ditahan mengikut Seksyen 26 iaitu mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan.

“Jika bersalah, boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM1,000 denda atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata, operasi diketuai Pegawai Penguatkuasa MPSPK, Anil Aris manakala PAD diketuai Zaiferi Zainul Abidin.

Read more…

Thursday, February 26, 2015

Potong "kemaluan" sendiri gara-gara isteri





Turki – Akibat kecewa ditinggalkan oleh isterinya yang kini bercinta dengan seorang doktor yang lebih muda, seorang pesara Turgut Oymen, 73, mengambil keputusan memotong alat sulitnya sendiri sebelum membuangnya ke dalam sungai.

Turgut berbuat demikian kerana merasakan kelakiannya itu tidak diperlukan lagi selepas isterinya yang berusia 70 tahun, Nese, berubah hati dan jatuh cinta dengan seorang doktor yang berusia 55 tahun.

Ketika mendapat khabar mengecewakan itu, Turgut sedang bersiap sedia untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50.

Berita itu disampaikan oleh Nese yang ketika itu berada di Istanbul, kira-kira 500 batu dari kediaman mereka. Nese memaklumkan untuk berpisah dengan Turgut dan tidak akan kembali lagi.

Sebaik mendengar berita itu, Turgut telah pergi ke sungai, lalu memotong alat sulitnya dan membuang ke dalam sungai berkenaan. Dia kemudiannya menghubungi ambulans sementara alat sulitnya itu gagal ditemui.

Menurut doktor, Turgut kehilangan darah yang banyak namun dia bernasib baik kerana masih hidup meskipun sudah berusia.

Turgut kini dalam proses pemulihan dan dia juga sedang dirawat bagi mengatasi kemurungan.

Dalam pada itu, jirannya, Pal Mehmet Koc, 70, berkata, Turgut yang juga bapa kepada enam anak itu amat sedih selepas mengetahui Nese, yang merupakan kekasihnya sejak kecil membuat keputusan untuk berpisah.

“Dia telah menghubungi Nese dan merayu supaya dia kembali, namun Nese memberitahu dia jatuh cinta dengan doktor berkenaan,” katanya.

Read more…

Thursday, February 12, 2015

Pengulas Sukan Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari.

Hasbullah yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia. Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Hasbullah lebih dikenali sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Belia juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.





Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.

Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan penonton menjadi seronok mendengar setiap ulasan beliau.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 32, Bukit Naga Shah Alam jam 3 petang ini dan dijangka disemadikan selepas Asar atau pagi esok.

Semoga Allahyarham Hasbullah Awang ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah. Al Fatihah

Read more…

Ujian "dara" untuk pelajar - pelajar sekolah tinggi






JEMBER, (MLP) - Melalui satu undang-undang yang baru, pelajar-pelajar di sini yang bakal menamatkan persekolahan tinggi perlu menjalani ujian kedaraan.

Tujuan undang-undang ini diperkenalkan oleh pihak berkuasa di bandar raya di Timur Jawa ini adalah untuk mencegah pelajar sekolah tinggi daripada mengadakan hubungan intim sebelum berkahwin.

Walau bagaimanapun, ujian ini hanya perlu dijalani oleh pelajar perempuan dan bukan pelajar lelaki.

Indonesia dikenali untuk ujian-ujian sebegini di mana pada tahun 2013 pasukan tentera mereka telah mengakui bahawa ianya wajib untuk wanita yang ingin menyertai pasukan tentera atau polis untuk menjalani satu ujian kedaraan.

Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata bahawa ‘ujian’ ini adalah memalukan dan kejam.

Timbalan Pengarah HRW Asia, Phelim Kine berkata ''Presiden Joko Widodo harus menghantar pesanan yang kuat dan jelas yang melarang kerajaan tempatan, tentera Indonesia, polis dan perkhidmatan awam untuk menjalankan ujian kedaraan. Pihak berkuasa yang melakukan demikian harus dihukum dan memastikan hak wanita sentiasa dilindungi''.


Kredit Foto: Reuters

Read more…

Monday, February 09, 2015

Pesawat AirAsia D7172 hadapi masalah teknikal terpaksa "berpatah" balik




KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat penerbangan Air Asia X D7172 ke Jeddah selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA2) selepas dilaporkan menghadapi masalah teknikal petang tadi.

Pesawat dari Kuala Lumpur itu terpaksa berlegar di ruang udara Selat Melaka kira-kira empat jam untuk membuang minyak dari tangki pesawat sebelum selamat mendarat.

"Auto-thrust tidak berfungsi dengan baik. Sebenarnya ia boleh untuk terbang tetapi kita hanya mahu pesawat itu berpatah balik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Tony Fernandes kepada AFP.

Dalam satu mesej teks kepada AFP Tony menyifatkan kejadian itu sebagai "masalah kecil ".

Beliau juga menyifatkan pengendalian kapal terbang tu sebagai satu " rutin " langkah berjaga-jaga kerana pesawat itu sarat dengan bahan api yang biasanya digunakan dalam beberapa - jam penerbangan ke Arab Saudi.

"Bahan api itu dibakar sama banyak seperti bahan api yang digunakan ke Jeddah , " katanya.

AirAsia kemudian berkata penumpang pesawat itu telah mengambil penerbangan yang berlepas pada waktu petang.

"Sebagai langkah keselamatan, dan untuk mematuhi semua standard piawaian dan keselamatan antarabangsa, pesawat tersebut berpatah balik dan mendarat dengan selamat pada ... 1740 jam (0940 GMT )," kata Air Asia dalam satu kenyataan.



Pesawat dari Kuala Lumpur itu berlegar di ruang udara Selat Melaka kira-kira empat jam untuk membuang minyak dari tangki pesawat sebelum selamat mendarat. - Gambar Flightradar24

Sementara itu , Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi akaun Twitternya berkata pesawat itu mempunyai masalah teknikal yang menyebab pesawat itu terpaksa membuat beberapa pusingan udara di Selat Melaka.




Read more…

Wednesday, February 04, 2015

Punca Sebenar "Misteri"Coli Merah Jambu Terjawab


GAMBAR yang mengundang kritikan hebat di laman sosial.

Chiang Mai: Pihak berkuasa pelancongan Thailand semalam mengeluarkan amaran keras kepada pengurusan Lapangan Terbang Chiang Mai selepas gambar pakaian dalam milik seorang pelancong China tersidai di atas kerusi tersebar luas.

Gambar baju dalam berwarna merah jambu dan seluar hitam wanita terbabit mula tersebar melalui media sosial kelmarin dan mengundang pelbagai reaksi, dengan kebanyakannya mengkritik pihak yang berkenaan.

Presiden Persatuan Pelancongan Chiang Mai, Pornchai Jitnavasathien berkata, kejadian itu bukan pertama kali berlaku di lapangan terbang berkenaan.

Persatuan berkenaan turut meminta ejen dan pemandu pelancong Thailand menjelaskan kepada pelanggan masing-masing bahawa tindakan menyidai pakaian dalam bukan saja tidak sesuai dengan budaya setempat, malah menjejaskan imej pelancong China.

Sementara itu pegawai perhubungan awam lapangan terbang terbabit berkata, kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu ketika wanita itu sedang menunggu penerbangan pulang ke China pada jam 9 malam.

Menurutnya, ia adalah waktu puncak dan kawasan berkenaan dipenuhi oleh orang ramai. - Agensi

Read more…

Pelakon Power Rangers "Merah" tikam teman sebilik hingga mati




Los Angeles – Pelakon yang membawa watak utama dalam rancangan bersiri televisyen Power Rangers ditangkap selepas menikam teman sebilik hingga mati, semalam. Menurut pegawai polis, Ricardo Medina Jr ditahan di California selepas dia disyaki menikam rakannya dengan sebilah pedang.

“Dia kini berada dalam tahanan dan menghadapi dakwaan menyebabkan kematian,” katanya.

Medina Jr, 36, dikenali dengan watak Red Ranger dalam Power Rangers Wild Force pada 2002, selain pernah menyandang watak Deker dalam Power Rangers Samurai. Dia dipercayai menyebabkan kematian rakannya, Joshua Sutter.

Polis berkata, sebelum itu Medina Jr dan Sutter bertengkar sebelum keadaan menjadi tidak terkawal dan berlaku pergelutan. Bagaimanapun, polis tidak menjelaskan apa yang menjadi punca pergaduhan itu.

Sumber berkata, selepas bergaduh Medina Jr masuk ke bilik bersama kekasihnya tetapi Sutter meluru tidak lama kemudian, menyebabkan suspek mencapai pisau di belakang pintu dan merodok perut mangsa.

Sejurus kemudian Medina Jr menghubungi polis. Dia kini ditahan dengan ikat jamin AS$1 juta (RM3.6 juta), lapor Agensi.

Read more…

Tuesday, February 03, 2015

Lelaki B E R Z I N A Dengan Isteri Orang Dikejar Dalam Keadaan Separuh Bogel Di Khalayak Ramai



SEGAMAT: Bandar Segamat di Jalan Ros semalam gempar apabila melihat seorang lelaki separuh bogel dengan hanya berseluar pendek telah berlari di khalayak orang ramai lalu sambil dikejar oleh sekumpulan lelaki yang membawa paip besi.

Lelaki tersebut telah pergi ke arah sebuah teksi yang sedang parkir sebelum masuk ke dalam kenderaan tersebut dan menguncinya dari dalam.

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Tan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dia bersama beberapa rakan pemandu lain berada di hentian teksi berhampiran sebuah pusat beli-belah sambil menunggu pelanggan.

Mereka kemudian ternampak seorang lelaki sedang melarikan diri dengan hanya berseluar pendek sambil dikejar oleh sekumpulan lelaki lain.

Apabila tiba di hentian teksi lelaki yg berseluar pendek itu telah masuk ke dalam teksi dan menguncinya dari dalam.

“Kemudiannya dia didatangi seorang lelaki berusia 30-an yang turut membawa sebatang besi paip dan mendakwa lelaki dikejar itu membuat onar dengan isterinya di sebuah bilik hotel berhampiran.

“Seorang daripada kumpulan lelaki yang mengejarnya bertindak menghubungi polis selepas mendapatinya bersembunyi dalam teksi terbabit,” katanya.

Read more…

Kejam, Pelajar UiTM mati dikelar teman lelaki





IPOH - Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) meninggal dunia selepas dikelar di bahagian leher oleh teman lelakinya di tepi Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang dekat Taiping, Isnin.

Susulan kejadian itu, Nursyuhada Johari, 17, segera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supritendan Ismail Che Isa berkata, beberapa saksi yang melihat kejadian itu berkata, pasangan itu dilihat bergaduh di dalam sebuah kereta Proton Perdana di tepi lebuh raya itu pada 12.30 tengah hari.

Gadis itu kemudian dilihat terjatuh dari kereta berkenaan dan terdapat kesan luka pada bahagian lehernya akibat dikelar dengan pisau,” katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.
Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu segera menahan lelaki berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak polis. Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Read more…

Monday, February 02, 2015

Bom tandas gara-gara seekor lipas


TAIPEI - TAIWAN. Gara-gara seekor lipas, seorang pekerja di sebuah syarikat pembersihan dilaporkan meletupkan seluruh bilik air di pejabatnya, baru-baru ini.

Memetik laporan daripada portal berita Metro.co.uk, kejadian tersebut berlaku apabila wanita tersebut yang mahu membunuh seekor lipas, namun secara tidak sengaja menghasilkan bom buatan sendiri dengan menggunakan bahan pencuci kimia yang disimpan di tandas berkenaan.

Menurut laporan tersebut, wanita itu mengambil langkah pertama dengan memukul lipas tersebut dengan menggunakan kasutnya untuk memastikan haiwan itu benar-benar mati.

Kemudian, lipas tersebut dibalut dengan kertas tisu sebelum ‘dihancurkan’ sebelum dibakar.

“Wanita itu membuang lipas ke dalam tandas dan terlupa untuk menarik pam tandas. Menyebabkan tisu itu bercampur dengan bahan kimia yang digunakan untuk mencuci tandas.

“Tandas itu meletup tidak beberapa lama kemudian dan menghasilkan bunyi yang sangat kuat sehingga mengejutkan seluruh pejabat,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Lipas dikatakan antara serangga yang mempunyai tahap survival yang tinggi.

Serangga itu dikatakan masih boleh hidup dalam masa beberapa minggu walaupun kepalanya dipotong.

Read more…

Wednesday, January 28, 2015

Bikini peserta Miss California tertanggal





Tak dapat dibayangkan betapa malunya kalau berada di tempat peserta Miss California, Chanelle Riggan ini!

Langkah dan senyuman yang sudah diatur dengan begitu baik tiba-tiba berterabur apabila bikini yang dipakainya untuk sesi pakaian mandi tiba-tiba tertanggal sekaligus mendedahkan payudaranya.

Insiden itu bukan sahaja mengejutkan Chanelle, tetapi juga penonton yang tidak menyangka akan menyaksikan sesuatu di luar jangkaan mereka. Biarpun hampir tergelincir, dia tetap profesional dan meneruskan langkahnya sambil memegang tali baju dalamnya.

Penonton juga turut bersorak bagi memberi semangat kepada Chanelle. Walaupun berdepan dengan detik memalukan itu, dia berjaya melepasi peringkat tersebut dengan mendapat tempat keempat.

Read more…

Tuesday, January 27, 2015

Pelajar Pukul guru gara-gara rampas telefon bimbit




NEW JERSEY – Gara-gara marahkan gurunya yang merampas telefon bimbit, seorang remaja bertindak ganas apabila `bergusti’ dengan guru sendiri. Pelajar itu yang berusia 16 tahun, hilang kawalan terhadap guru Fiziknya yang berusia 62 tahun di sekolah tinggi John F. Kennedy.

Video pergelutan itu sempat dirakamkan pelajar di kelas terbabit. Ia memperlihatkan pelajar itu memegang pinggang gurunya dan menghempas lelaki itu ke atas meja.

Sementara pelajar lain hanya mampu menjerit kerana terkejut tetapi tidak seorang pun cuba menghentikan perbuatan kurang ajar rakan sekelas mereka itu.

Pelajar terbabit digantung sekolah dan turut didakwa kerana mengakibatkan kecederaan. Dalam pada itu, seorang bekas guru di sekolah yang sama, Lee McNulty, berkata, guru terbabit tidak melakukan sesuatu ketika dipukul.

“Adalah jelas bahawa golongan guru takut kehilangan pekerjaan, justeru mereka tidak boleh memukul semula pelajar,” katanya. Persatuan guru dilaporkan kecewa kerana pelajar lain tidak membantu guru terbabit.

Read more…

Monday, January 26, 2015

Terungkai tompokan darah pada seluar dalam anak






SEBERANG JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai dicabul jirannya di Taman Kurau Jaya di sini, pada 21 Januari yang lalu. Ibu mangsa, 40-an, berkata, kejadian berlaku apabila anaknya itu dipanggil seorang lelaki yang dikenalinya untuk keluar.

“Ketika itu anak saya sedang bermain di luar rumah, tiba-tiba seorang lelaki yang saya kenali memanggilnya lalu anak saya ikut lelaki terbabit ke rumahnya.

“Selang beberapa minit kemudian anak saya pulang ke rumah dan saya menyuruhnya mandi. Ketika dia menanggalkan pakaian dalamnya, saya dapati terdapat tompokan darah pada seluar dalamnya. Dia beritahu yang lelaki terbabit memasukkan jari ke dalam kemaluannya,” katanya. Rentetan itu, ibu mangsa bersama suaminya membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya pada 23 Januari lalu.

Kini anaknya ditempatkan di Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut. Turut hadir melawat mangsa ialah Exco Kesihatan, Dr Afif Bahardin bersama Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor yang dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian ini pada 23 Januari lalu.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan berkaitan kejadian ini,” katanya, lapor Sinar Harian.

Read more…