Showing posts with label FAKTA MENARIK. Show all posts
Showing posts with label FAKTA MENARIK. Show all posts

Tuesday, September 02, 2014

Jom Tengok Ruang Tersembunyi Tempat Tidur Pramugari Dalam Pesawat

Bukan hanya pelancong sahaja yang perlu untuk merehatkan kepala mereka semasa penerbangan jarak jauh. Anak-anak kapal juga perlu mengambil sedikit masa untuk merehatkan diri mereka. Tetapi anda pasti tertanya-tanya di mana mereka pergi pada masa rehat mereka?

Kawasan rehat crew anak kapal di letakkan di tempat yang terbatas pada dalam pesawat
Bahagian rehat kakitangan pekerja syarikat penerbangan berbeza-beza. Ada yang menawarkan tawaran yang lebih mewah untuk pekerja penerbangan dan sistem hiburan.

Bahagian rehat tersembunyi di dalam petak di bahagian atas kapal terbang, atau bahagian yang ditutup di kabin utama yang sama seperti penumpang biasa.

Dalam pesawat Cathay Pacific 777-300ER terdapat tangga rahsia menuju CRC di bahagian belakang pesawat. Kawasan itu adalah seperti terowong, dan atendan perlu menunduk untuk melaluinya, tetapi ada ruang untuk lapan kakitangan penerbangan.





Read more…

Wednesday, August 27, 2014

PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang pasir bertukar menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia.!! (10 Gambar)



Terletak di Al Ain, sebuah bandar oasis pedalaman yang merupakan sebahagian daripada emiriah Abu Dhabi, Wadi Adventure adalah taman tema paling besar di dunia dengan gelombang ombak tiruan, sungai untuk berkayak, kolam kanak-kanak dan dewasa serta di lengkapai pelbagai kemudahan permaian lasak.

Three world class whitewater rafting and kayaking runs with a combined length of 1,133m
A surf pool capable of making 3.3 meter high waves every 90 seconds
A rope course, climbing wall and zip line
An adult and toddlers swimming pool
Retail and merchandise outlets providing all you may need for the day
Plenty of food and beverage outlets to cater to everyones needs throughout the day
The most unique corporate and event space to be found in the Middle East
Space and infrastructure for world class white water and surfing events







Read more…

Wednesday, April 03, 2013

San Pedro Sula Bandar Raya Paling Berbahaya Di Dunia

Sebuah bandar raya dalam Republik Honduras, San Pedro Sula kini berada pada kedudukan paling teratas dalam senarai tempat paling berbahaya di dunia membabitkan tragedi pembunuhan dan aktiviti keganasan.

Anggota polis sering dipersalahkan kerana 
menerima suapan daripada kumpulan bersenjata.

Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan terbunuh setiap hari dalam negara pengeksport kopi utama itu yang berkaitan dengan aktiviti kumpulan penjenayah serta kartel dadah bebas.

Menurut aktivis keamanan antarabangsa, aktiviti jenayah dan perdagangan dadah berlaku secara berleluasa di kawasan berpenduduk miskin, kurang kawalan keselamatan dan kurang nilai undang-undang.

Kebanyakan perkampungan dan kawasan berpenghuni dikawal oleh lelaki bersenjata sekali gus menjerumuskan anggota polis ke kancah tidak sihat seperti rasuah.

Majlis Rakyat untuk Keselamatan Awam, Keadilan dan Keamanan berpangkalan di Mexico melaporkan, sebanyak 1,218 kes homisid dicatatkan berlaku di San Pedro Sula membabitkan 3.3 kes bunuh setiap hari. Ia diikuti dengan Acapulco di Mexico, Caracas di Venezuela dan Distrito Central dalam Honduras.

Agensi berita antarabangsa, Reuters pula mendedahkan bandar San Pedro Sula dibebani dengan kesan kejatuhan ekonomi Amerika Selatan dan hampir 70 peratus penduduknya hidup dalam kemiskinan.

Berikutan itu, kumpulan bersenjata jalanan yang digelar Maras semakin berleluasa dengan sindiket jenayah terancang mereka pada masa yang sama kumpulan pengedar dadah Mexico bertindak membeli tanah serta merekrut skuad pembunuh. 

Malah hampir separuh banduan daripada seluruh Honduras dilaporkan masih belum disabitkan kesalahan dan terpaksa menunggu selama bertahun-tahun untuk dibicarakan.

"Ada juga antara banduan meninggal dunia disebabkan pergaduhan, ditikam, ditembak atau terlibat dalam insiden kebakaran seperti yang berlaku di Penjara Comayagua pada Februari tahun lalu," kata aktivis dalam laporan MailOnline

Hasil kajian Universiti Autonomi Kebangsaan Honduras, seramai 149 penduduk awam dilaporkan mati di tangan anggota polis sejak dua tahun lalu termasuk 25 anggota Kumpulan Jalanan ke-18.

Susulan itu, pihak polis berhadapan dengan dakwaan membabitkan pelaksanaan operasi lebih kepada pembunuhan sekali gus membelakangi pelaksanaan undang-undang sebenar di Honduras yang memerlukan tindakan siasatan terlebih dahulu.

Beberapa tahun sebelum ini, beberapa anggota polis berhadapan pertuduhan dengan pembunuhan seorang tokoh wartawan radio tempatan dan anak lelaki bekas ketua polis.

Sehingga ke hari ini, kedua-dua kes tersebut tidak diselesaikan dengan tepat. Malah, ketua polis teratas Honduras turut didakwa terlibat sama.

Pada 2002, inspektor penjara, Juan Carlos Bonilla ditahan selepas Jabatan Hal Ehwal Dalaman Polis Honduras mengeluarkan laporan yang mensabitkan beliau terlibat dalam tiga kes pembunuhan di luar bidang kuasa serta 11 kes kematian termasuk kehilangan yang didakwa sebahagian besar daripada operasi 'pembersihan sosial' pasukan polis.

Tahun lalu, Bonilla dipilih mengetuai pasukan polis kebangsaan walaupun beliau masih belum diadili membabitkan pertuduhan yang dibuat terhadapnya.

Sementara itu, Kongres Amerika Syarikat membuat keputusan membekukan dana Jabatan Negeri kepada pasukan polis sementara menjalankan siasatan membabitkan laporan pada 2002.

Antara bulan Mei dan November lalu, ratusan anggota polis Honduras telah disiasat dan diperhatikan oleh Kongres Amerika. Di akhir 2012, seramai 33 anggota diarah berpindah namun dihalang Mahkamah Tinggi yang melabelkannya sebagai tindakan undang-undang yang melanggar hak pegawai awam.

Read more…

Anak Ikan Arowana Betina Berharga RM250,000!

Dianggap sebagai simbol kemewahan dan kejayaan, ikan arowana emas atau kelisa menjadi ikan hiasan bernilai tinggi kalangan peminat spesies berkenaan, berikutan harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit seekor.


Selain dikaitkan dengan keuntungan dan membawa tuah kepada pemeliharanya, masyarakat Cina mempercayai arowana berkebolehan memberi petunjuk kepada pemilik sama ada bakal mendapat kegembiraan ataupun kecelakaan.

Bukan saja bentuk badannya menarik, malah ciri asli yang terdapat pada arowana termasuk warna dan kilauan sisik menjadikan ikan itu sebagai satu spesies ikan hiasan termahal di pasaran.

Ikan arowana adalah ikan hiasan air tawar istimewa yang mendapat tempat bukan saja di kalang­an penggemar tempatan, malah luar negara.

Spesies berkenaan mula diternak sejak 40 tahun lalu oleh pengusaha ikan hiasan di Bukit Merah, Perak.

Aktiviti penangkapan ikan secara tidak terkawal sejak 70-an menyebabkan ia mengalami kepupusan di habitat asal.

Bagi tujuan pengawalan, Convention on the International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) menjadi badan ditubuhkan untuk menjaga kepentingan spesies berkenaan sama ada bagi tujuan eksport atau import.

Dalam memastikan kesinambungan arowana, Jabatan Perikanan melalui Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan menjalankan kajian mengenal pasti jantina ikan khususnya di peringkat juvenil.

Kajian dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) antara lang­kah drastik dilakukan berikutan timbul permasalahan di kalangan penternak untuk mengetahui jantina ikan Arowana Emas bersaiz lapan sentimeter hingga ke 10 sentimeter.

Kepentingan mengetahui jantina ikan ini disebabkan ada perbezaan nilai mengikut jantina kerana ikan betina lebih bernilai berbanding ikan jantan.

Hal ini kerana ikan betina dapat menghasilkan anak yang bernilai hampir RM250,000 jika pembiakannya berjaya.

Malah, secara semula jadinya ikan arowana adalah antara spesies ikan yang sukar untuk dikenal pasti jantinanya kerana memiliki bentuk badan hampir sama antara jantan dan betina terutama pada peringkat juvenil.

Kaedah digunakan bagi mengetahui jantina ikan arowana yang biasa digunakan adalah dengan melihat bentuk badan, namun kaedah ini kurang tepat dan tidak boleh dipraktikkan pada pering­kat juvenil.

Meng­gunakan kepakaran dimiliki, kedua-dua badan penyelidik berkenaan membangunkan teknologi biosensor hormon untuk menentukan jantina ikan arowana.

Ketika kajian dilakukan, darah daripada ikan arowana diambil dan dianalisis kandungan hormon pembiakannya.

Analisis itu bertujuan untuk melihat kadar kepekatan hormonnya dan jika kepekatan ‘ketotestosteron’ hormon tinggi berbanding ‘estradiol’, maka ikan berkenaan adalah jantan dan begitu sebaliknya.

Teknologi biosensor pengesanan jantina ikan arowana dibangunkan dari hasil kajian hormon dalam plasma darah dilaksanakan dengan kerjasama UKM.

Templat atau acuan biosensor dicipta untuk menge­san antibodi atau pun kandungan kimia dalam hormon pembiakan ikan arowana berkenaan.

Biarpun kit biosensor berjaya dihasilkan, namun ia masih menjalani proses percubaan.

Penciptaan teknologi kit biosensor pengesan jantina ini diharap akan dapat membantu pengusaha ikan Arowana Emas dalam menjalankan program pembiakan serta pemasaran ikan berkenaan.

Read more…

Friday, March 29, 2013

Hotel Mewah Nazi 10,000 Bilik Tapi Tidak Pernah Digunakan

Hotel ini mempunyai 10,000 bilik yang dapat memuatkan 20,000 penghuni dalam satu-satu masa. Ia terletak di sepanjang 3 batu di pulau Ruegen, Jerman dan merupakan hotel terbesar di dunia yang pernah dibina oleh Nazi!


Namun, setelah 70 tahun pembinaannya, hotel ini tidak pernah digunakan.

Hotel yang dikenali dengan nama Hotel Prora ini dibina pada 1936 dan siap pada 1939 dengan menggunakan lebih 9000 orang tenaga kerja.

Rancangan asal pihak Nazi ialah untuk membina hotel bagi pekerja Jerman untuk menyebarkan Propaganda Nazi.

Pihak Nazi ingin membina 4 resort di kawasan hotel ini yang dilengkapi dengan panggung wayang, kolam renang, dewan serbaguna dan jeti untuk kapal persiaran berlabuh.

Namun rancangan pihak Nazi gagal apabila perang bermula.

Lihat gambar-gambar di bawah ini.. Memang besar!


Tapi tak guna juga sebab ia tak pernah dibuka, malah membazir pula jadinya.

Read more…

Seorang Petani Berjaya Mencipta Kapal Selam Mini

Seorang bekas petani, Zhang Wuyi mencipta kapal selam mini kawalan jauh untuk menangkap hidupan marin di Wuhan, wilayah Hubei, China.


Wuyi, 38, yang berminat dalam penciptaan peralatan saintifik telah mencipta lapan kapal selam mini itu. Dia mencipta kapal selam tersebut bersama beberapa rakan juruteranya.

Salah sebuah kapal selam itu telah dijual kepada seorang ahli perniagaan di Dalian pada harga AS$15,855 (RM49,259) pada tahun 2011.

Kapal selam itu yang dicipta khas untuk menangkap hidupan marin boleh menyelam sedalam 20 hingga 30 meter.

Menurut media tempatan, kapal selam tersebut boleh bergerak selama 10 jam di dalam laut.

Read more…

Thursday, March 21, 2013

Tips Mengambil Hati Isteri

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.


Tips mengambil hati isteri;

Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda.

Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.

Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta.

Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.

Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.

Tips yang sangat mudah tapi berkesan.

Read more…

Kecantikan Wanita Dari Pandangan Lelaki

Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel kali ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.

Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.

Gambar Hiasan

Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.

Tetapi awas...

Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.

Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.

Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.

Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.

Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.

Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.

Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.

Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.

Kerana apa?

Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.

Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.

Wajah Yang Cantik

Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak.

Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga?

Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.

Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.

Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya. Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.

Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak. Tetapi belumpun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu juga lah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.

Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.

Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang. Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.

Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.

Wanita Yang Matang

Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman.

Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.

Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti. Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.

Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.

Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.

Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!

Read more…

Tuesday, March 19, 2013

Tulang Gajah Purba Berusia 12,000 Tahun Ditemui

Sekumpulan pekerja Muzium Sejarah Semula Jadi El Salvador menemui rangka tulang seekor gajah purba di Sungai Tomayate, di sini pada Februari lalu.

Dua pekerja Muzium Sejarah Semula Jadi El Salvador berdiri 
dekat rangka tulang gajah purba di Sungai Tomayate, Apopa.

Haiwan itu dipercayai pupus kira-kira 12,000 tahun lalu.

Sekumpulan pekerja muzium itu membersihkan tulang-tulang tersebut daripada debu dan tanah.

Tulang-tulang itu ditemui selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di kawasan tersebut.

Beberapa pegawai berkata, pakar-pakar hidupan purba kini meneruskan usaha untuk mencari fosil-fosil kehidupan haiwan lain di kawasan itu. 

Read more…

Thursday, March 14, 2013

Satu-satunya Bank Yang Hanya Memiliki Seorang Pekerja

Seorang lelaki yang menguruskan sebuah bank koperasi di Jerman telah memastikan pengurusan kewangan penduduk sebuah kampung berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah dengan cara yang tersendiri.


Lelaki itu, Peter Breiter, 41, merupakan seorang pengurus bank yang luar biasa kerana dia tidak mengharapkan sebarang bonus yang besar, instrumen kewangan yang canggih dan tawaran kewangan berjuta ringgit.

Dia yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif bank itu berasa cukup bahagia dengan hanya menulis setiap transaksi keluar masuk kewangan dengan tangannya sendiri untuk 500 orang penyimpan di Gammesfeld, Jerman.

"Mengapa saya perlu menggunakan sebuah mesin pengeluaran wang automatik?" Mesin wang itu menelan belanja yang tinggi" kata seorang pelanggan, Friedrich Feldman.

Feldman berkata demikian ketika ditemui di sebuah bilik menunggu bersaiz kecil di bank tersebut. Dia hanya datang ke bank itu seminggu sekali untuk mengeluarkan wang.

Bank koperasi Raiffeisen Gammesfeld yang terletak di selatan Jerman itu merupakan salah sebuah daripada 10 buah bank terkecil. Ia merupakan satu-satunya bank yang diuruskan oleh seorang kakitangan sahaja.

Read more…

Monday, March 11, 2013

Info Fakta Menarik Dunia


Fakta-fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai lelaki.


-Jumlah air mani lelaki tidak lebih daripada 2 sudu teh ketika ejakulasi berlaku.

-Seseorang lelaki berejakulasi sebanyak 7200 kali sepanjang hayat secara puratanya.

-Seseorang lelaki melancap/masturbasi sebanyak 2000 kali secara puratanya sepanjang hayat mereka.

-14 gelen air mani lelaki akan terhasil jika air mani tersebut dikumpulkan sepanjang hayatnya.

-Kelajuan pancutan air mani ketika ejakulasi adalah 55 km/jam.

-Jumlah kalori bagi satu sudu air mani adalah 7 kalori.

-Waktu menghairahkan bagi seseorang lelaki untuk bersetubuh adalah pagi hari.

-Untuk menguatkan kemampuan alat seksual anda adalah berhenti merokok, bersenam dan jaga pemakanan.

-Makanan untuk menguatkan kemampuan alat seksual anda adalah kerang, daging tanpa lemak, roti gandum dan seafood.

-60% daripada jumlah lelaki di dunia ini pernah melancap/masturbasi.

-Secara umumnya bau air mani bergantung pada apa yang dimakan. Jika terlalu banyak makan makanan berlemak baunya adalah hanyir dan jika pemakanan anda seimbang baunya sedikit hamis. Dan jika makan asparagus bau air mani akan menjadi sangat kuat.

-Rekod dunia zakar terpanjang adalah sepanjang 13.5 inchi lebih kurang 34.29 cm.
-Wanita hanya memerlukan zakar sepanjang 6 cm sahaja untuk memuaskan mereka. Jadi, jangan la rasa rendah diri jika ‘benda’ anda pendek ye..

Read more…