Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Tuesday, November 11, 2014

Teka Teki Terjawab, Syafiq Yusof Pemilik Villa Nabila



Petaling Jaya – Teka-teki produser mana yang terlebih dulu membuat kisah rumah berhantu, Villa Nabila akhirnya terjawab apabila pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof menggalas tanggungjawab berkenaan.

Syafiq, 22, anak bongsu kepada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam menyatakan hasrat mengarah filem berkonsep dokumentari, cereka dan seram berkenaan bermula selepas bertemu dengan dua pembikin filem indie, Daniel Martin dan Rosallin Azrin.

“Saya berjumpa Daniel yang kebetulan ketika itu merancang membuat filem dokumentari mengenai rumah tersebut selepas peristiwa kehilangan seorang remaja menjadi ‘viral’ dalam kalangan masyarakat.

“Selepas itu, saya berpandangan ia boleh dijadikan filem,” katanya ketika ditemui pada sidang media dua filemnya, Villa Nabila dan Desolasi di Kuala Lumpur, semalam.

Syafiq yang membuktikan bakat mengarah menerusi filem ‘S.A.M’ (Saya Amat Mencintaimu) dan ‘Abang Long Fadil’ turut melakukan temubual dengan beberapa individu yang mendakwa pernah mengalami peristiwa misteri di rumah itu sebelum menggarap menjadi plot.

“Disebabkan ia sebuah filem kisah benar, jadi kami banyak membuat rujukan menerusi temubual beberapa individu berkenaan.

“Pelbagai versi yang kami dengar tetapi paling menarik, cerita dua kontraktor iaitu Asyraf dan Amar melalui pengalaman pelik, mistik dan seram sewaktu menjalankan projek di kawasan rumah,” katanya.

Villa Nabila menyingkap kisah benar yang pernah berlaku di situ dan penggambaran di lokasi berkenaan dijalankan pada 12 Disember 2013 selama 15 hari.

Bercerita lanjut cabaran sepanjang penggambaran itu, Syafiq menyatakan sepanjang di set dia tidak diganggu atau mengalami peristiwa pelik.

Sebaliknya, menerusi kehadiran seorang ustaz, penggambaran dijalankan dengan lancar.

Namun beberapa kejadian mengejutkan berlaku ketika penggambaran apabila beberapa kemalangan jalan raya berlaku.

“Ketika penggambaran, ramai penduduk di kawasan berhampiran datang menonton.

“Selama lapan hari berturut-turut ada saja kemalangan jalan raya berlaku yang kami dengar behampiran dengan tempat penggambaran,” katanya.

Katanya, sesetengah babak yang melibatkan sensitiviti masyarakat terpaksa dikeluarkan daripada filem itu.

“Semua maklumat yang kami dapat adalah hasil daripada temubual yang dijalankan tetapi ada satu babak yang terpaksa dibuang kerana berkait dengan sensitiviti.

“Saya juga menemuramah pihak polis. Untuk mengetahui sejauh mana kebenaran misteri Villa Nabila, penonton akan tahu dan menilainya sendiri ketika menonton filem ini nanti,” katanya.

Mengenai tanda tanya siapa produser yang terlebih dulu mendapat hak menghasilkan filem ini, Syafiq menyatakan dia terlebih dahulu mendaftar dan menghantar sinopsis kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

“Karya ini menjadi satu lagi filem ekperimentasi daripada saya apabila kali ini saya menyuntik konsep indie.

“Walaupun ada pihak lain yang ingin menghasilkan filem ini, tetapi filem Villa Nabila ini adalah olahan dan skrip saya,” katanya.

Filem ini dijayakan pelakon utama, Pekin dan Tisya Shamsir dan dijangka tayangan pada 15 Januari 2015.

Read more…

Wednesday, September 03, 2014

FILEM "Mamak Cupcake" Sarat Adegan Lawak Luccah? GAMBAR


Filem komedi santai, 'Mamak Cupcake' karya pengarah muda MJ Woo kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 Ogos. Filem terbitan Grand Brilliance ini mengetengahkan sesuatu yang agak unik apabila memilih kek cawan sebagai subjek utama.

'Mamak Cupcake' berkisar tentang seorang anak jati Pulau Pinang berketurunan Mamak iaitu Mohamad Jamaludin atau lebih mesra dengan sapaan MJ (Shaheizy Sam) yang terpaksa berdepan dengan konflik sama ada memilih untuk mencapai impiannya iaitu bidang kek cawan atau mewarisi perniagaan tradisi kedai mamak milik bapanya.


MJ hampir melupakan impiannya, namun semangatnya kembali berkobar-kobar setelah bertemu dengan seorang gadis bernama Juliana (Siti Saleha). Biarpun jalan ceritanya mudah diduga tetapi filem ini menyampaikan mesej-mesej positif seperti jangan mudah berputus asa serta kejayaan pasti akan menjadi milik seseorang jika dia gigih berusaha bagi mencapai impian biarpun diduga dengan pelbagai cabaran.

Keturunan mamak begitu sinonim dengan nasi kandar, teh tarik dan roti canai yang menjadi warisan turun temurun mereka. Konflik MJ bermula apabila dia tidak ingin mengecewakan bapanya, namun hatinya lebih berminat untuk menjual manisan seperti kek cawan.

Selain Saleha dan Sam sebagai teraju utama, filem ini turut membariskan Maria Farida, Azad Jazmin, Accapan, Faizal Ismail, Natasha Hudson dan ramai lagi. Apa yang boleh GUA katakan, filem tulisan M. Zulkifli ini pastinya mengundang tawa penonton kerana sarat adegan-adegan lawak yang dijayakan oleh barisan pelawak masa kini.

Berjayakah seorang anak muda berketurunan mamak meneruskan impiannya untuk membuka perniagaan dalam bidang kek cawan? Jangan ketinggalan menyaksikan gandingan mantap antara Siti Saleha dan Shaheizy Sam dalam 'Mamak Cupcake'.

Filem : Mamak Cupcake

Dibintangi oleh : Shaheizy Sam, Siti Saleha, Maria Farida, Azad Jazmin, Accapan, Faizal Ismail, Natasha Hudson

Read more…

Thursday, October 25, 2012

Filem PE3 Arahan Farid Kamil Cetus Kontroversi Dengan Pekida??!!


Masihkah anda ingat kontroversi yang timbul antara Pekida dan Syamsul Yusof mengenai filem KL Gangster? Abang Nara ingatkan kontroversi sebegitu tidak akan muncul lagi, namun filem PE3 arahan Farid Kamil dikatakan mempersenda Pekida kerana menggunakan logo angka 3 warna dan slogan yang hampir sama.

Datuk Roslan Dahaman yang merupakan Pengerusi Pekida telah berkata kepada Harian Metro hari ini:-

Banyak lagi nombor yang boleh digunakan, mengapa guna logo angka tiga… Tidak perlu guna angka yang boleh mengundang keraguan orang ramai. Apapun alasan mereka, warna utama yang digunakan sebagai logo filem itu mempunyai 100% persamaan dengan Pekida. Mengapa perlu guna warna pertubuhan ini atau warna yang boleh menjadi kontroversi. Banyak lagi warna yang ada… Tak perlu guna elemen yang membawa kepada pelbagai polemik. Sudahlah guna warna seakan pertubuhan ini.. slogan filem “Bapak segala gangster” juga mengundang pelbagai keraguan. Adakah mereka ingin memberi gambaran buruk kepada pertubuhan Pekida?

Read more…

Tuesday, October 23, 2012

KL Gangster 2 Menelan Kos RM3.86 Juta, Temui Penonton Mac 2013




Rasanya ramai yang sudah tahu mengenai filem prekual KL Gangster 2. Anda tak sabar-sabar nak menontonnya? Releks. Filem ni belum siap sepenuhnya lagi. Khabarnya filem ini akan dibawa ke Bangkok untuk menjalani proses post-produksi di sana.

Menjalani penggambaran selama 68 hari, filem bikinan pengarah muda berbakat besar, Syamsul Yusof ni menelan kos kira RM3.86 juta termasuk kos promosi, sekaligus ia merupakan filem paling mahal setakat ini.

Menurut bapa Syamsul sendiri iaitu Datuk Yusof Haslam, untuk karya kali ini anaknya itu memamg cukup teliti bagi memastikan hasil filem tersebut ditahap terbaik.

"Dengan penggambaran selama 68 hari, menelan kos sebanyak RM3.86 juta, filem ni filem paling mahal sekali.

"Syamsul memang sangat teliti kali ni. Tapi saya ada tengok kerja-kerjanya. Sungguh saya katakan, garapannya kali ni memang luarbiasa, dahsyat dan hasil kerjanya semakin bagus", kata Yusof Haslam.

Dibintangi Aaron Aziz, Ady Putra, kalau tak ada aral melintang pukang, KL Gangster 2 dijangka bakal menemui penonton sekitar Mac tahun hadapan.

Dan mampukah filem KL Gangster 2 mengulangi kejayaan filem pertamanya yang berjaya mengutip lebih RM11 juta? Sama-sama kita nantikan!

Read more…