Showing posts with label Hollywood. Show all posts
Showing posts with label Hollywood. Show all posts

Monday, October 06, 2014

GEMPAR! Ramai Yang Terkejut Apabila Pelakon Hollywood(Ben Affleck) Mempartahankan Islam Dalam Satu Rancangan TV Terkenal.

=



Affleck yang jelas kelihatan hilang sabar dan marah terhadap Harris pantas menangkis tanggapan itu - Foto YouTube 

KUALA LUMPUR: Semuanya bermula dengan jemputan keatas pelakon Hollywood Ben Affleck untuk mempromosikan filem terbarunya Gone Girl yang bertukar menjadi perbahasan hangat mengenai Islam.

Ia gara-gara kenyataan seorang tetamu rancangan yang dihoskan oleh Bill Maher, Sam Harris yang tiba-tiba mengkritik Islam dengan merujuk kepada cara Islam melayan kaum wanita, golongan homoseksual dan mereka yang tiada agama yang beliau sifatkan telah sebagai tidak dapat diterima akal.

Affleck yang jelas kelihatan hilang sabar dan marah terhadap Harris yang juga seorang penulis pantas menangkis tanggapan itu.

"(Pandangan) anda menjijikan, ia (bersifat) perkauman,

“Ia seperti berkata, ‘Oh, anda seorang Yahudi penipu,’” kata pelakon itu lagi.

Reaksi Affleck itu dibalas dengan dengan beberapa lagi ungkapan menghina Islam oleh Harris dan ditambah lagi dengan kenyataan 'nasi tambah' pengacara rancangan Bill Maher yang cuba menyamakan Islam dengan kumpulan samseng Mafia sambil disulami dengan perkataan-perkataan mencarut.

Mungkin tidak tahan dengan sikap angkuh kedua-dua mereka, Affleck melontar persoalan “Apa penyelesaiannya? Hanya salahkan (agama) Islam?” soal Affleck.

“Kita membunuh lebih ramai orang Islam daripada mereka (umat Islam) membunuh kita, dengan jumlah yang cukup banyak. Kita telah menceroboh lebih banyak negara Islam daripada mereka menceroboh kita, cukup banyak. Tetapi kita masih dikecualikan daripada perkara ini kerana mereka tidak menggambarkan apa yang kita percaya. (Dengan nada sinis) Kita lakukan secara tidak sengaja, kerana itu kita menceroboh Iraq.”

Dua lagi anggota panel rancangan itu dari anggota Parti Republikan Michael Steele dan wartawan Nicholas Kristof pada sepanjang masa tidak campur tangan.

Namun Kristof ada ketikanya menyokong Affleck dengan mempersoalkan pandangan Harris yang beliau sifatkan sebagai tidak sepatutnya.

Read more…

Sunday, March 31, 2013

Anak Kim Kardashian Diberi Nama Pelik

Jika Kanye West memiliki nama yang berkaitan dengan arah maka tidaklah pelik jika nama anaknya yang sedang dikandung oleh Kim Kardashian juga ada perkataan West.

Gambar ketika hamil 3 bulan.

Namun, Kanye telah memilih nama North sebagai antara senarai utama yang akan dijadikan nama kepada bayi yang akan lahir dalam beberapa bulan lagi.

Maka, jika nama ini menjadi pilihan rasmi maka anak mereka akan bernama “North West” - double nama arah di situ - hehehhe.

Mungkin juga Kim Kardashian tidak bersetuju kerana trend dalam keluarga Kim Kardashian yang menggunaan 'K' sebagai permulaan nama mereka.

Read more…

Thursday, March 21, 2013

Sejarah Hitam Selebriti Hollywood Yang Cuba Di Sembunyikan

Siapa kata selebriti tidak mempunyai sejarah hitam dalam kehidupan mereka? Mereka juga adalah manusia biasa seperti kita dan walaupun popular dan mengecapi kemasyuran, pastinya di sebalik nama yang gah itu tersembunyi sebuah rahsia yang mereka cuba simpan tanpa pengetahuan umum.

Berikut adalah antara selebriti Hollywood yang cuba menyembunyikan rahsia 'gelap' mereka sehingga ia diketahui ramai.

Bekas kekasih Angelina Jolie, ibu kepada anaknya


Kedua-dua aktres ini, Angelina Jolie dan Jenny Shimizu pernah menjalinkan hubungan istimewa lebih daripada sekadar teman biasa.

Walaupun kini Shimizu bergelar bekas kekasih, ikatan yang terjalin di antara kekal utuh. Buktinya, Jolie telah meminta Shimizu menjadi ibu pembaptisan kepada dua orang anak kembarnya, Knox dan Vivienne.

Bapa Charlize Theron dibunuh oleh ibunya di hadapan mata


Sebelum ini aktres "Monster" bersungguh-sungguh menyakinkan orang ramai bahawa bapanya terkorban dalam nahas jalan raya ketika usianya 15 tahun.

Walau bagaimanapun kebenaran mengenai bapanya yang merupakan seorang kaki mabuk dan pendera tegar serta kehidupan ngeri zaman kanak-kanaknya akhirnya terbongkar.

Sebab utama Theron cuba melupakan semua memori hitam itu adalah disebabkan pergaduhan keluarga yang tercetus sehingga menyebabkan ibunya menembak mati bapanya di hadapan mata semata-mata mahu melindungi mereka berdua.

"Bapa saya sentiasa pulang dalam keadaan mabuk, bukan sahaja dengan sepak terajangnya tetapi juga dengan senapangnya yang sering digunakan untuk mengancam kami. Pada suatu hari, dia benar-benar telah mengacu senapang dan memetik picu senapang, namun ibu saya berjaya merampas senapang itu dan akhirnya melakukan tindakan yang betul untuk melindungi dirinya serta saya," ujar Theron.

Teri Hatcher mangsa kerakusan bapa saudara


Di sebalik kejelitaan dan populariti yang diraihnya ini, siapa sangka Teri Hatcher telah berhadapan dengan tragedi dan trauma daripada seorang yang dikenalinya sehinggakan ia menghantuinya.

Bintang siri "Desperate Housewives" ini telah menjadi mangsa kerakusan nafsu bapa saudaranya sendiri yang telah memperkosanya sejak dia berusia lima tahun.

Hatcher tampil membuat pengakuan selepas mengetahui bapa saudaranya itu turut memperkosa seorang remaja berusia 14 tahun yang kemudiannya membunuh diri kerana tertekan menjadi mangsa rogol.

Pada tahun 2002, bapa saudaranya telah dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun atas kesalahan merogol.

Bapa "Spider-Man" adalah seorang penyangak


Sebelum aktor ini terkenal menerusi watak superhero yang signifikan dengan menyelamatkan orang awam dari sebarang ancaman jenayah mahupun bahaya, 'Spider-Man' ini telah dibesarkan oleh seorang penjenayah iaitu bapanya sendiri.

Pada tahun 1993, bapa Tobey Maguire, Vincent telah membuat serangan ke atas sebuah bank. Tanpa sebarang topeng wajah mahupun senjata, bapanya berjaya melarikan diri dengan sebuah beg penuh berisi wang di siang hari.

Walaubagaimanapun, dia berjaya diberkas sejam selepas rompakan tersebut dan mengaku bersalah atas kesalahan tersebut. Dia dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun.

Keluarga '69' Woody Allen


Meskipun pengarah esentrik ini merasakan tindakan yang dilakukannya adalah tindakan genius yang baginya dapat membantu perkembangan sesebuah institusi kekeluargaan, namun ia masih tidak dapat diterima akal.

Kisah kontroversi hubungannya dengan aktres Mia Farrow serta drama 'haruan makan anak' bermula 20 tahun lalu ketika Woody memutuskan untuk meninggalkan Farrow selepas Farrow mendapat tahu pengarah itu menjalinkan hubungan sulit dengan anak tirinya yang berusia 18 tahun, Soon-Yi Previn.

Lebih mengharukan, Previn yang merupakan anak angkat Farrow yang sah akhirnya telah berkahwin dengan Allen di Venice pada tahun 1997.

Skandal yang memualkan itu akhirnya telah menjatuhkan karier Allen sebagai seorang pengarah, walaupun dia masih pertahankan tindakannya itu sebagai satu tindakan genius. Macam-macam!

Read more…

Thursday, March 14, 2013

Insuran Payu Dara Jennifer Love Hewitt USD$5 Juta

Aktress Jennifer Love Hewitt baru-baru ini dilaporkan telah menginsuranskan payu daranya sebanyak $5 juta dolar.


Namun bukan dia sahaja yang berbuat demikian.

Jika orang lain sibuk menginsurankan harta benda mereka seperti rumah, kereta dan binatang peliharaan, sebaliknya golongan selebriti Hollywood pula bertindak sebaliknya.

Antaranya penyanyi Rihanna dan Jamie Lee Curtis yang mengambil polisi insurans masing-masing bernilai $1 juta dolar dan $2.8 juta dolar untuk kaki mereka.

Kegilaan ini dimulakan oleh bintang Hollywood, Betty Grable, yang membeli polisi insurans sebanyak $1 juta dolar untuk kakinya pada 1940-an.

Berbeza pula dengan anggta kumpulan Van Halen, David Lee Roth.

Semua orang akan faham jika dia membeli insurans untuk melindungi peti suaranya, namun sesuatu yang mengejutkan apabila dia membeli polisi insurans bernilai $1 juta untuk air maninya.

Ia menyebabkan ramai yang menggeleng kepala dengan gelagat Lee Roth ini.

Tidak terkecuali dalam pembelian insurans ini ialah gitaris Rolling Stones, Keith Richards yang membeli insurans sebanyak $1.6 juta dolar untuk tangannya.

Bagi Richards, tangannya itu adalah aset utamanya dan tempat dia mencari makan.

Manakala pelakon lagenda Tom Jones pula membeli insurans untuk bulu dadanya .

Jika sesuatu berlaku kepada bulu dadanya itu, maka dapatlah dia pampasan sebanyak $7 juta dolar.

Dolly Parton pula yang terkenal dengan payu dara besar itu tidak terkecuali.

Menyedari dia tidak akan dikenali tanpa payu dara bersaiz 40DD itu, dia membeli insurans sebanyak $3.8 juta dolar.

Aktres Jennifer Lopez atau J-Lo turut mengambil langkah sama bagi melindungi punggung pejalnya itu.

Dia yang sememangnya terkenal dengan persembahan lincah ketika di pentas, membeli insurans untuk punggungnya bernilai $27 juta dolar.

Selebriti lain termasuklah pemain bola David Beckham, Mariah Carey dan model Heidi Klum yang membeli insurans untuk kaki mereka.

Read more…

Friday, November 23, 2012

Paris Hilton Dikritik Kerana Buka Kedai Di Mekah



BARU-BARU ini, Paris Hilton telah dikecam oleh masyarakat di Mekah gara-gara membuka kedai jenama miliknya di sebuah pusat beli belah di kota itu.

Menurut laporan Huffington Post, pemilik jenama tas tangan dan aksesori Paris Hilton itu dianggap akan mengganggu konsentrasi urusan ibadah umat Islam.

Dalam masa yang sama Paris memiliki latar belakang kurang elok sebagai pelaku video porno yang dilihat memberi gambaran buruk terhadap kota yang dikunjungi umat Islam itu.




"Seronoknya, kedai baru ku yang cantik kini dibuka di pusat beli belah Mekah, Arab Saudi,” kata Paris menerusi entri Twitter miliknya.

Kegembiraan Paris menyampaikan berita itu terbantut apabila ramai yang memberi respons negatif.

"Jadi Paris Hilton buka kedai di Mekah? Dunia benar-benar sudah teruk. Tolong hantar saja saya ke planet Marikh," kata salah satu pengguna Twitter yang menyindirnya.

Read more…

Wednesday, November 21, 2012

Pakaian Kristen Stewart Yang Seksi Semasa Menghadiri Tayangan Perdana The Twilight Saga Breaking Dawn

Kristen Stewart adalah seorang pelakon yang terkenal dengan peranan beliau dalam filem "Twilight", kita telah jarang dilihat dalam cara yang seksi, tetapi masa ini telah ditangkap dalam gambar-gambar yang menggunakan pakaian hitam yang menandakan angka beliau agak baik, jadiorang-orang yang berfikir ia tidak di semua menarik maka boleh menukar cara anda berfikir tentang gadis ini











Read more…

Thursday, October 25, 2012

Daniel Radcliffe "Harry Potter" Melakukan Perkara-Perkara Pelik Dengan Lidahnya??

Kita semua masih ingat bintang Harry Potter, Daniel Radcliffe. Nah, dalam satu wawancara baru-baru ini dengan dia menunjukkan bahawa dia mempunyai bakat yang jarang berlaku yang tersembunyi, adalah bahawa lelaki muda ini boleh melakukan perkara-perkara yang benar-benar pelik dengan lidah beliau dan ingin tahu, dan kebenaran adalah saya tidak pernah melihat apa-apa seperti itu. Seseorang di sini boleh melakukan perkara yang sama





Read more…

Wednesday, October 24, 2012

Johnny Depp Ceburi Bidang Baru


PELAKON serba boleh Johnny Depp kini cuba menceburi dunia percetakan pula apabila beliau melancarkan sebuah syarikat percetakan buku bersama Harper, iaitu sebuah subsidiari kepada syarikat penerbitan HarperCollins. Syarikat tersebut turut menggunakan nama 'Infinitum Nihil', iaitu nama bagi syarikat penerbitan filem beliau yang sebelum ini pernah menerbitkan filem seperti "The Rum Diary", "Hugo", "Dark Shadows" dan "The Lone Ranger".

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh HarperCollins, beliau berkata, "Saya berjanji, bagi pihak Infinitum Nihil, bahawa kami akan membuat yang terbaik dalam menghasilkan penerbitan buku yang pasti tidak akan mengecewakan orang ramai."

"Untuk merealisasikan impian ini, kami ingin memberi penghormatan kepada HarperCollins kerana memberikan kepercayaan kepada kami dan berharap hubungan kami berpanjangan serta mendatangkan hasil yang lumayan," sambung beliau lagi.

Menurut LA Times, Depp baru sahaja mengumumkan bahawa Infinitum Nihil akan menerbitkan dua buku pertama yang berjudul "The Unravelled Tales of Bob Dylan" hasil nukilan Douglas Brinkley dan "House of Earth", sebuah novel yang ditulis oleh penyanyi folk, Woody Guthrie.

Buku "The Unravelled Tales of Bob Dylan" dilihat sebagai suatu cara yang ideal dalam memulakan percetakan Infinitum Nihil dan dijadualkan untuk keluar pada tahun 2015.

"House of Earth" pula dijangka akan siap pada bulan Januari tahun depan, yang mana pengenalan dalam buku tersebut ditulis oleh Depp dan Brinkley sendiri.

Buku-buku yang dipilih Infinitum Nihil adalah bersesuaian dengan cita rasa Depp sendiri, yang sedang mencari suara dan idea yang asli, lantang dan penuh visi.

Read more…

Monday, October 22, 2012

Mari Lihat Koleksi Beg Tangan Jessica

Mari Lihat Koleksi Beg Tangan Jessica SNSD .
Dah nama artis... duit melambak-lambak.. 




























Read more…

Rumah Banglo Britney Spears Yang Bernilai RM 12,500,000 !!!


Rumah Banglo Britney Spears ini mula dibina pada tahun 2010 dan akhirnya siap baru-baru ini. Harga rumah ini mencecah RM12,500,000. Rumah ini mempunyai keluasan 8,456 kaki persegi dengan 5 bilik tidur, 7 bilik mandi dan pelbagai kemudahan lain. 









Read more…

Sunday, October 21, 2012

Lucu:Saat-Saat Melucukan Apabila Selebriti Terjatuh (9 Photos)

Seperti banyak orang lain biasa, bintang-bintang juga mempunyai saat-saat memalukan seperti tersandung, tergelincir atau hilang keseimbangan. Dan sudah tentu imej-imej ini tidak boleh " melarikan diri " dari lensa paparazzi.


# 1CharlotteChurch
Charlotte Church



# 2CheekyGirls
Cheeky Girls



# 3EllieGoulding
Ellie Goulding



# 4JessicaAlba
Jessica Alba



# 5ladyGaga
Lady Gaga



# 6LindsayLohan
Lindsay Lohan



# 7LizHurley
Liz Hurley



# 8PhoebePrice
Phoebe Price



# 9Snooki

Read more…