Showing posts with label Israel. Show all posts
Showing posts with label Israel. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

ALHAMDULILLAH! ADA SESUATU YANG MEMBANGGAKAN NEGARA KITA APABILA PENGUMUMAN GENCATAN SENJATA ISRAEL TERHADAP PALESTIN!



Gaza , 27 Ogos(AP) -Israel dan Hamas pada Selasa, 27 Ogos, telah mengumumkan bahawa mereka bersetuju dengan gencatan senjata jangka panjang selepas pertempuran selama tujuh minggu yang mengorbankan lebih 2,200 orang, majoritinya rakyat Palestin.

Gencatan senjata panjang tersebut menandakan perang tujuh minggu tersebut telah tamat.

Gencatan senjata berkuat kuasa serta merta pada jam 1600 GMT, tetapi keganasan berterusan sehingga saat-saat akhir.

Di Israel, peluru mortar dilancarkan dari Gaza telah membunuh seorang lelaki dan dua cedera parah, kata pihak berkuasa.

Di Gaza, polis melaporkan bahawa serangan udara Israel telah meruntuhkan sebuah bangunan tujuh tingkat di bandar Beit Lahiya. Letupan dari serangan udara Israel boleh didengar di Gaza selepas pengumuman gencatan senjata itu dibuat.

Di Gaza, perayaan besar-besaran dibuat selepas 19:00. Takbir yang biasanya dikhaskan untuk perayaan Orang Islam boleh didengar dari pembesar suara masjid.

Sebelum itu, pegawai-pegawai dari Hamas, kumpulan utama yang memerangi Israel, telah berkata gencatan senjata itu termasuk perjanjian Israel untuk meringankan sekatan ke atas Gaza bagi membolehkan bekalan bantuan dan bahan binaan dibawa ke wilayah perang yang rosak teruk

Read more…

Friday, September 21, 2012

TV Barat Tidak Akan Siarkan Mengenai Kekejaman ISRAEL



Pernahkah anda melihat seperti dibawah ini disiarkan di TV barat terutamanya stesen televisyen CNN atau BBC, sudah semestinya tidak. itulah propaganda Barat, hanya keburukan umat islam yang selalu dipertikaikan, tapi sejahat-jahat umat islam tidak pernah melakukan kekejaman seperti ini.








lihatlah apa yang telah dilakukan oleh rejim zionis yang membunuh kanak-kanak dan orang awam. kejadian dibawah ini berlaku di kampung Ter Hafra, Lebanon. Al fatihah untuk mereka yang gugur sebagai syahid.

Read more…