Showing posts with label K-Pop. Show all posts
Showing posts with label K-Pop. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Gangnam Style tidak popular di Jepun??


SEOUL - Lagu Gangnam Style yang menonjolkan aksi penyanyi rap Korea Selatan, Psy menari tarian kuda tidak popular di Jepun, walaupun lagu tersebut mencipta fenomena di serata dunia.

Perkembangan tersebut berlaku di sebalik pengaruh besar muzik pop Korea (K-pop) di negara matahari terbit itu. Namun, peminat K-pop Jepun dilaporkan menjauhi Gangnam Style.

Terdapat spekulasi di Korea Selatan bahawa isu pertikaian sejumlah pulau di antara keda-dua negara menyebabkan lagu tersebut tidak popular.

Gangnam Style pernah mengungguli beberapa carta muzik di Britain dan Amerika Syarikat. Namun lagu itu cuma berada di tempat ke-30 carta 30 muzik iTunes di Jepun.

Bagi memburukkan lagi keadaan, banyak blog muzik Jepun berpendapat, kejayaan besar video muzikGangnam Style di laman perkongsian video YouTube adalah kerana penggunaan program tontonan automatik dikenali 'bots'.

Mereka memberitahu, Gangnam Style mencatat tontonan tinggi ekoran peminat di Korea Selatan menekan butang F5 pada papan kekunci komputer bagi memainkan lagu itu berulang kali.

Justeru, sebahagian peminat K-Pop di Jepun menggelarkan lagu popular itu sebagai F5 Style.

Menurut beberapa pendapat lain, Gangnam Style kurang mendapat sambutan di Jepun kerana Psy, 34, tidak menerbitkan lagu versi bahasa Jepun seperti dilakukan sejumlah bintang K-pop lain sebelum ini.

Muzik video Gangnam Style yang dimuat naik pada Julai lalu telah ditonton lebih 532 juta kali di laman YouTube. - AFP

Read more…

Thursday, October 18, 2012

Psy Reka Tarian Kanggaru Pula


SYDNEY - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menghiburkan para peminatnya pada pagi semalam, lapor akhbar The Herald Sun.

Beribu-ribu peminat membanjiri Martin Place di sini untuk menyaksikan persembahannya selepas dia popular dengan tarian kuda menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube.

Kebanyakan peminat mula berada seawal pukul 1 pagi pada waktu tempatan.

Psy membuat persembahan itu ketika dia menghadiri program Sunrise terbitan stesen televisyen Channel 7.

Bagaimanapun, Psy tidak membuat tarian kuda.

Sebaliknya, dia membuat tarian beruang panda dan kanggaru.

"Ini (tarian itu) merupakan tarian yang baharu (buat peminat-peminat di luar negaranya) tetapi di Korea Selatan, ia merupakan rentak tarian Psy yang lain.

"Saya membuat tarian itu pada setiap masa," kata Psy.

Menurutnya, dia menghabiskan banyak masa dengan pereka tarinya untuk menghasilkan tarian tersebut.

Muzik video Gangnam Style telah ditonton lebih 480 juta kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu.

Sebelum ini dia pernah membuat konsert percuma di Seoul, Korea Selatan bagi menghargai sokongan para peminatnya. - Agensi

Read more…

Tuesday, October 16, 2012

Bunuh diri kerana Psy curi idea tarian The Horse Riding Dance




Seorang lelaki yang membuat kontroversi kerana menuduh Psy mencuri konsep idea tariannya, The Horse Riding Dance cuba membunuh diri dengan mengambil ubat yang berlebihan. Kim Jang Hoon yang masih dirawat di hospital berkata mahu meninggalkan Korea secepat mungkin. Sebelum kejadian ini terjadi, Psy dan Kim Jang Hoon adalah kawan baik.





AKIBAT tekanan perasaan, Kim Jang Hoon cuba membunuh diri dengan mengambil ubat secara berlebihan.


Masih mendapatkan rawatan di hospital, Jang Hoon melahirkan hasrat untuk meninggalkan Korea secepat mungkin.

“Saya akan meninggalkan Korea dengan segera setelah sembuh nanti dan juga berharap agar saya boleh mencari kehidupan yang lebih tenang di luar Korea,” katanya.

Jang Hoon pernah mencetuskan kontroversi apabila menuduh Psy mencuri konsep idea tariannya, The Horse Riding Dance, kerana sebelum ini mereka bersahabat baik dan pernah mengadakan konsert bersama pada 2009.

Sebelum insiden ini berlaku, PSY pernah mengaku dia banyak belajar mengenai muzik dan tarian daripada Jang Hoon.

Read more…

Sunday, October 14, 2012

Psy Jadi Duta Produk Makanan



SEOUL - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy (gambar) yang terkenal dengan tarian kuda menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube menandatangani kontrak sebagai duta produk makanan keluaran syarikat Nongshim Ramyun, lapor portal berita examiner.com semalam.

Antara produk terkenal syarikat itu ialah mi Shin Ramyun Black Cup.

"Tiada selebriti lain yang mampu menikmati makanan ini seperti saya," kata Psy ketika dihubungi syarikat berkenaan.

Portal hiburan kpopstarz.com melaporkan, iklan Psy itu bakal menampilkan iklan versi bahasa Korea Selatan dan Inggeris.

Populariti Psy melonjak selepas muzik video itu dimuat naik pada Julai lalu sehingga ia ditonton lebih 400 juta kali. - Agensi

Read more…

Tuesday, October 02, 2012

FAKTA MENARIK MENGENAI GANGNAM STYLE!!




Ye. Gangnam Style bukan bermakna "Pujian Untuk Yahudi" dan no. Ianya bukan video cinta Jesus seperti yang anda baca di Facebook. Ini fakta sebenar.

Read more…

Wednesday, September 12, 2012

Psy Mahu Jadi Artis Korea Terhebat di AS!


LOS ANGELES: Artis rap Korea Selatan, Psy kini popular di Amerika Syarikat (AS) ekoran video muzik lagunya Gangnam Style kini melepasi 130 juta tontonan di YouTube.

Klip video lagu berkenaan mula disiarkan di laman perkongsian video tersebut pada pertengahan Julai lalu.

Pada minggu ini, Psy meneruskan usahanya untuk mendominasi dunia dengan muzik pop Korea atau K-pop apabila satu klip video pendek mengenai Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang diterbitkan di AS.

Klip video berkenaan diterbitkan oleh Scooter Braun yang merupakan pengurus kepada bintang remaja popular, Justin Bieber.

Bercakap mengenai klip video tersebut, Braun berkata, mereka merancang untuk menjadikan Psy sebagai artis Korea Selatan pertama yang mencapai kejayaan besar di AS.

"Kami keluar bersama di California selama empat hari dengan saya dan Psy kini merupakan kawan," kata Braun dalam klip video berkenaan.

"Kami bersetuju untuk mencipta sejarah bersama-sama," tambahnya.

Read more…