Showing posts with label Yahudi. Show all posts
Showing posts with label Yahudi. Show all posts

Monday, September 15, 2014

[ARTIS] GEMPAR!! Anggota Kumpulan Ruffedge Dipenjara 20 TAHUN Kesalahan R0gol Anak Tiri 14 Tahun. SIAPAKAH?? (GAMBAR)


Shah Alam : Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap bekas anggota kumpulan Ruffedge atas kesalahan merogol anak tirinya, dua tahun lalu.

Hakim Nurchaya Arshad mengekalkan keputusan itu sekali gus menolak permohonan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman.

Menurutnya, hukuman yang diputuskan oleh hakim mahkamah sesyen itu adalah setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.

"Rogol bukan sahaja kesalahan serius malah lebih menyedihkan lagi apabila mangsa menghadapi trauma sepanjang hayatnya.

"Kita tidak mahu anak, adik, kakak mahupun ibu diperlakukan sebegitu," katanya, hari ini.
Beliau berkata, sepatutnya perayu yang telah berkahwin dengan ibu mangsa melindungi anak kecil itu walaupun bergelar bapa tiri.

"Seorang bapa perlulah melindungi anaknya," katanya.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak tirinya pada ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Gombak, Selangor.

Perbuatan itu didakwa dilakukan jam 9 pagi pada 2 Februari 2012.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd Salleh mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Perayu yang juga guru vokal diwakili peguam, Azmin Talib.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu pada 6 September 2013. Credit Sinar, Mynewshub,Wanista

Read more…

Monday, January 07, 2013

YOGA VERSI YAHUDI : HALAKHAH COMPLIANT (12 GAMBAR)

Di Malaysia, terdapat fatwa yang mengharamkan Yoga dilakukan oleh muslim. Ini adalah kerana Yoga dikatakan mampu merosakkan akidah umat Islam. Di Ramat Beit, Jurusalem terdapat sebuah studio yoga khas untuk penganut Yahudi ortodoks. Di sini Yoga yang dilakukan memenuhi kehdendak hukum syara' Yahudi yang dikenali sebagai Halakhah. Tidak ada percampuran diantara lelaki dan wanita disini dan elemen-elemen Hindu yang boleh merosakkan akidah Yahudi dan mencintai Yahweh tidak damalkan.



Read more…