Sunday, October 14, 2012

Pakaian Artis Seksi. Artis Tidak Salah 100% -Zed Zaidi

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata artis yang hadir sesuatu majlis atau program akan memilih fesyen pakaian bergantung pada tema. Zed memberikan komennya apabila berlaku pelbagai isu mengenai pemakaian selebriti yang seksi menjadi tumpuan dan berita hangat media sekaligus memberi tamparan kepada Presiden Seniman itu.

Zed memberikan komennya ini bukan untuk menghentam mana-mana pihak namun ianya komen yang memberikan gambaran stuasi pemakaian haruslah mengikut kesuaian memandangkan golongan selebriti semuanya sudah besar dan dewasa..


“Jadi, penganjur perlu membuat tema yang lebih kepada islamik. Kalau tema fesyen islamik digunakan, lama-lama semua artis pakai tudung.

“Jangan salahkan artis seratus peratus, pihak penganjur juga bertanggungjawab,

“Ini salah satu dakwah yang berlainan kerana apabila tema fesyen islamik sudah ditetapkan, tidak mungkin artis itu datang dengan terdedah sana sini.

“Jika artis itu datang dengan pakaian seksi, artis itu memang bermasalah,

“Artis yang berhijab sekarang ini, dulu semua seksi, terdedah sanasini tetapi perubahan yang mereka alami menggembirakan banyak pihak.

“Perkara seperti ini yang sepatutnya dihebohkan supaya menjadi ikutan kepada peminat tetapi kenapa isu artis berpakaian seksi yang sering diberi perhatian?”

“Kod etika yang sedia ada tidak memaksa mana-mana artis mematuhi kod pakaian yang digariskan.Jika ia diamalkan oleh semua artis yang beragama Islam, saya percaya ia akan jadi ikutan,malah mereka akan jadi ikon serta fesyen mereka menjadi ikutan,” katanya. -SinarHarian