Showing posts with label artis malaysia. Show all posts
Showing posts with label artis malaysia. Show all posts

Friday, March 13, 2015

Punca Sebenar Wak Doyok di label gila seks gara-gara ‘merecik’





Personaliti media sosial dan ikon fesyen popular Wak Doyok menyangkal dakwaan dirinya gila seks gara-gara memberikan komen berbaur lucah di laman sosial Instagram pelakon dan penyanyi Kilafairy, baru-baru ini.

Ketika dihubungi Malaysian Digest sebentar tadi, pemilik nama sebenar Muhammad. Azwan Mohd. Nor, 33, berkata, komennya itu tidak bermaksud apa-apa sebaliknya sekadar suka-suka. Malah, tiada niat memberikan komen berbaur lucah mahupun negatif.

“Saya sebenarnya jarang beri komen di Instagram orang lain tetapi komen itu sekadar suka-suka, macam antara kita dengan kawan-kawan. Lagipun memang saya dan Kilafairy, kami kawan.

“Tapi tidak sangka pula ada pihak yang ambil serius. Bila sudah ambil serius, benda itu jadi serius.

“Pada saya ‘merecik’ itu bukan maksud saya seks, tapi maknanya macam ‘power’, ‘superb’. Macam ibarat kita menepung tawar pada pengantin, kita renjis dan macam itulah juga maksudnya,” jelas jejaka yang dikenali dengan imej kumis dan janggut yang dilihat eksentrik ini.

Minggu lalu Kilafairy berkongsi sekeping foto yang menampakkan belakang badannya di Instagram. Foto yang boleh dikatakan agak ‘mengancam’ itu telah mendapat perhatian ramai pengikutnya termasuklah Wak Doyok lalu memberikan komen dengan menulis perkataan merecik beserta simbol air.

Komennya itu telah disalahertikan sesetengah pihak hingga melabelkan dia sebagai seorang gila seks.

Begitupun, Wak Doyok menyatakan dia tidak mengambil pusing mengenai dakwaan tersebut kerana ini bukan pertama kali dia menerima kritikan dan kecaman daripada sesetengah pihak.

Bukan tidak sensitif tetapi dalam hal ini, Wak Doyok berpandangan ia seperti satu budaya dan kebiasaan di mana pihak berkenaan sengaja mahu mencari perhatian.



“Dari dulu lagi saya sering terima kritikan dan kecaman, saya sudah boleh dikatakan lali. Jadi dalam hal ini saya tak ambil kisah apa yang orang nak kecam saya. Saya pernah kena yang lebih teruk lagi daripada ini.

“Kita sudah faham orang Malaysia kalau yang negatif tu cepat saja tersebar berbanding positif. Memang itu sudah macam budaya.

“Walaupun kita ni sudah hampir nak capai wawasan 2020 tapi adakalanya pemikiran sesetengah pihak tu masih lagi kurang terbuka,” katanya.

Dituduh Salah Ikut Sunnah

Dalam pada itu Wak Doyok meluahkan rasa kesal dan terkilan kerana baru-baru ini juga ada yang mendakwa dirinya salah ikut sunnah.

Semuanya bermula daripad komen seorang pengikut di laman sosial Twitter miliknya yang megutuk dirinya dan meminta dia cukurkan saja janggutnya itu.

“Baru-baru ini di Twitter ada seorang pengikut mengutuk saya, katanya janggut saya tu macam hutan rimba, elok cukur saja.

“Tapi saya jawab, saya tak kisah kalau nak kutuk saya tetapi simpan janggut salah satu sunnah Rasulullah SAW. Kalau kutuk, sama macam kutuk baginda.

“Alih-alih pihak itu mendakwa pula yang saya ni persendakan agama, dikatanya yang saya salah ikut sunnah sedangkan saya rasa saya jawab dalam bahasa yang baik.

“Sebab itu sekarang ni saya pun sudah banyak menyekat pengikut di laman sosial saya sebab ramai antara mereka ‘follow’ kerana mahu kutuk. Sekarang ini kalau saya beri komen pun, hanya berkaitan dengan fesyen saja,” katanya.

Sementara itu, berkongsi mengenai perkembangan terkini, selain sibuk dengan ceramah mengenai fesyen, Wak Doyok bersama pasangan pengacaranya Mior (Oh Chentaku) bakal muncul dalam program travelogue musim terbaharu Ke Indonesia ke Kita, yang akan ditayangkan mua 7 April ini di TV9.

Selain itu dia bakal melancarkan jenama kopinyanya yang di beri nama LifeStyle Wak Doyok di pasaran Indonesia tidak lama lagi dan membuka kedai gunting rambut yang di beri nama Shinos Barber Shop di Seksyen 15, Shah Alam dalam masa terdekat ini.

“Sewaktu jalani penggambaran ‘Ke Indonesia ke Kita’, saya ada dijemput untuk satu program talkshow yang popular di Indonesa, Ini Talkshow.

“Selepas tu beberapa peluang terbuka untuk saya di sana termasuklah peluang untuk pasarkan kopi jenama saya sendiri di sana. Saya juga ada diundang sebagai tetamu jemputan untuk lima lagi program TV di sana.

“Selain itu, baru-baru ini saya mengarah sebuah filem pendek berjudul Kayuh, untuk projek Ikal Mayang sempena Hari Wanita Sedunia.

“Pada Ogos nanti saya juga terlibat dengan KL Fashion Weeks. Saya berkolaborasi dengan seorang pelajar Fesyen dari UiTM berama Meg dan saya sebagai stylish untuk ‘Street Wear’ dan ‘Mens Wear’”, katanya, lapor Malaysian Digest

Read more…

Tuesday, March 10, 2015

Gambar Diana Danielle Tampil Untuk Cover Majalah Esquire Malaysia hanya memakai Bra




6 Gambar Diana Danielle Tampil Seksi Untuk Majalah Esquire Malaysia.. Majalah Esquire telah menampilkan Diana Danielle sebagai cover girl bagi isu bulan ini dengan imej yang agak seksi.

Diana Danielle telah berkongsi kisah bagaimana permulaan kariernya di mana beliau lebih selesa memilih karya yang betul-betul berkualiti bagi menaikkan namanya.

“Saya sangat memilih jika berkenaan dengan projek.

Realitinya banyak skrip yang anda dapat adalah hanya membuang masa. Biarpun saya hanya mengambil satu atau dua projek dalam setahun, ia adalah projek yang betul-betul mampu melonjakkan nama saya,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut berkongsi kisah kesukaran hidup keluarganya sehingga ada suatu ketika, ibunya iaitu Norsiah Ramli terpaksa menjual rumah bagi terus hidup.
















Read more…

Monday, March 09, 2015

Luahan Hati Afdlin Shauki Di Atas Pemergian Allahyarham Harun Salim Bachik




Innalillah wainna ilaihi rojiuun... #Tolong doakan dan sedekahkan alfatihah untuk sahabat saya ni yg telah pulang ke rahmatullah. Dia bukan saja kawan baik, berbakat tetapi sangat baik orangnya dan meninggalkan keluarganya yg tersayang. Semoga #Alllah SWT meletakkan beliau bersama roh org org yg baik...assalammualaikum abgku.






Status Afdlin Shauki sebaik sahaja mengatahui rakan baiknya meninggal semalam.. Beliau juga telah memuatnaik 1 keping gambar terakhir mereka bersama dangan caption:

Gambar terakhir saya dan arwah jumaat lepas. Hari ni dia dah tiada... Innalillah wainna ilaihi rojiuun. Al fatehah. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾
الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾ـ
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نُزُله. ووسع مُدخله. واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار

#Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah ke dalam surga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka.

آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ



Read more…

Sunday, March 08, 2015

Harun Salim Bachik meninggal Dunia



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini.

Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

"Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu.

"Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

"Ketika ini, mereka sedang menunggu ambulans untuk membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur," katanya.

Pada ketika ini, punca kematian belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, sebelum ini Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.

Read more…

Saturday, March 07, 2015

Putri Mardiana Dan Kekasih Ditangkap Basah Kali Kedua di Subang Jaya


Pelakon Putri Mardiana telah ditangkap khalwat kali kedua bersama kekasihnya, Shahrizam Abdullah atau Ejump pada pagi Sabtu, kira-kira jam 4.00 pagi di kediaman isteri Ejump sendiri, di USJ 1, Subang Jaya.
“Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah,” kata isteri (Nor Hasni) Ejump sendiri ketika dihubungi oleh pihak Astro Gempak.

Nor Hasni bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, tetapi mengesahkan suaminya dan Putri Mardiana telah ditangkap khalwat buat kali kedua. Disember tahun lalu, Putri Mardiana juga ditangkap khalwat bersama Ejump di sebuah kondo di Ukay Perdana selepas didapati berdua-duaan.

Namun pelakon tersebut menafikan dia dan teman lelaki ada melakukan perkara tidak elok dan mendakwa Ejump hanya singgah minum air selepas menghantarnya pulang ke rumah. Untuk tangkapa kali kedua ini, mari kita tunggu apa pula jawapan dari Puteri Mardiana.-Via rotikaya

Read more…

Thursday, March 05, 2015

Zizan Kunci Mulut Soal Status Hubungan Dengan Emma Maembong
















Nampaknya seminggu kebelakangan ini, pelakon dan pelawak Zizan Razak terus dihimpit kontroversi apabila dikatakan mempunyai hubungan sulit bersama pegawai di Astro dan menyebabkan punca keretakan hubungan bersama kekasihnya, Emma Maembong, manakala yang terbaru ini adalah apabila dia tidak menghadiri majlis tayangan perdana filem Werewolf Dari Bangladesh dan menyebabkan pengarah filem tersebut, Mamat Khalid berasa kecil hati di atas sikapnya itu.


Bertemunya di majlis tayangan perdana filem Cicakman 3 kelmarin, Zizan menjelaskan secara tegasnya dia tidak mahu untuk bercakap lagi soal hubungan bersama kekasihnya Emma Maembong dan hanya mahu memfokuskan kerjayanya sahaja.

“Untuk isu ini saya nak tutup mulut dahulu,” katanya ringkas.

Mengenai isu yang dikatakan dia sedang bercinta bersama seorang pegawai di Astro adalah fitnah semata-mata kerana dia sudah menganggapkan bahawa wanita itu ialah seperti kakaknya sendiri.

“Saya rasa kelakar dan tak tahu macam mana benda ini wujud. Saya anggap orang itu (Pegawai Astro-Yasmin) macam kakak saya. Kalau di tempat kerja dialah bos saya. Jadi saya tak tahu apa dan bagaimana isu ini boleh timbul. Macam Yasmin (Pegawai Astro) cakap itu adalah satu fitnah,” katanya yang ditemui selepas sahaja selesai sidang media filem Cicak Man 3 kelmarin.

Sebelum ini Zizan juga dikatakan telah lari daripada majlis Anugerah MeleTOP tanpa ditemuramah oleh wartawan dan ada yang menganggap bahawa dia kecewa selepas pulang dengan tangan kosong tanpa memenangi sebarang kategori yang dipertandingkan pada malam itu.

“Saya tunggu sampai habis dan tak tahu nak pergi mana, lagipun saya duduk di belakang pentas sambil makan semua. Kalau dah semua tidak ada saya geraklah. Lagi satu tidak ada orang tahan saya. Yang kedua saya dah buat pelbagai program dan majlis macam hos AF, sekiranya tidak melibatkan apa-apa kalau dah habis saya baliklah sebab orang akan menemuramah peserta sahaja”

“Demi Allah saya tak kecewa, sebab itu adalah kerja. Kalau menang itu rezeki. Pada saya sesiapa sahaja boleh menang dan sesiapa sahaja boleh kalah. Tidak kira apa yang penting kita perlu tahu kerja dan bakat di mana perlu kita guna,” ujarnya panjang lebar.

Sementara itu, ada segelintir yang mengatakan bahawa ada sekumpulan gerakan yang mahu menjatuhkan Zizan. Baginya sendiri itu adalah persepsi masyarakat dan dia banyak belajar perkara tersebut dalam filem Cicakman 3.

“Pada saya itu semua adalah persepsi orang. Semakin kita nak buat benda positif semakin banyak benda negatif dan saya pun tak faham. Mungkin ini adalah dugaan untuk saya pada tahun ini”

“Dan apa yang saya tengok dalam filem Cicakman 3 ini banyak memberikan pengajaran kepada saya sebab saya tak pernah tengok cerita ini. Di sebalik perkara negatif yang di lalui pengakhirannya sangat bagus. Pengajaran yang saya belajar daripada Cicakman 3 adalah sabar,” tambahnya lagi.

Read more…

7 Gambar Kereta Mewah Ferrari Milik Azlan Typewriter

Di Instagram, ramai maklum Azlan sering memuat naik foto kenderaan penuh gaya mewah iaitu Ferrari. Namun, Azlan tidak mahu mendedahkan kisah peribadinya dan enggan mengulas lanjut mengenai kereta Ferrari miliknya.
















Saya tak boleh nak komen la kalau nak tanya pasal kereta sebab perkara itu lebih kepada hal peribadi.
Maaflah saya tidak boleh nak komen mengenainya.

Memang stylo habis Azlan bergambar dengan kereta Ferrari sport miliknya. Rezeki memang berpihak kepada Azlan dan segala usaha beliau sudah terbayar serta tidak lupa untuk bersifat rendah diri.

Read more…

Wednesday, March 04, 2015

Norman dakwa ada gerakan cuba "jatuhkan" Zizan






PETALING JAYA – Pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim merasakan terdapat gerakan yang cuba menjatuhkan imej dan reputasi pelawak Zizan Razak, 31.

Norman berkata, perkara itu disedarinya sejak beberapa bulan kebelakangan ini apabila nama pelawak itu sering dikaitkan dengan beberapa berita buruk.

“Saya perhatikan sepanjang beberapa bulan ini seperti ada satu gerakan yang cuba untuk menjatuhkan Zizan.

“Bagaimanapun, saya tidak tahu siapa di belakang dia atau mungkin ada orang tidak suka pada dia, itu saya tidak tahu,” ujarnya ketika sidang media selepas majlis tayangan perdana filem Cicakman 3 yang diadakan di Cathay Cineplax, di sini, malam Selasa.

Norman berkata demikian dalam memberi pandangan terhadap isu-isu negatif yang timbul terhadap Zizan sehingga menjejaskan reputasinya sebagai seorang artis.
Selain itu, katanya, kontroversi bercinta dengan Naib Presiden Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin itu juga merupakan perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.

“Saya dengar tentang kisah cinta dia, saya tergelak, dan bila saya tahu siapa wanita itu, lagilah saya tergelak. Tidak payah beratkan isu ini.

“Bila orang cari salah dia itu akan membuatkan dia tertekan dan sentiasa melarikan diri. Saya pernah lalui apa yang dia lalui sekarang. Kadang-kadang kontroversi itu berat sangat sampai kita tidak mahu berhadapan dengan orang ramai,” ujarnya.
Tambahnya, jika perkara buruk itu berlarutan ia mampu menyekat bakat pelawak tersebut sebagai seorang pelakon yang baik.

“Saya kenal dia sudah lama dan menganggapnya sebagai sahabat, bagi saya jika perkara remeh ini diperbesarkan ia akan menyekat bakat dia.

“Sayang bakat yang dia ada, dia bukan sahaja boleh melawak, tetapi boleh juga berlakon dengan baik dan saya berharap kita tidak membesarkan isu-isu remeh itu,” ujarnya.

Sementara itu, Zizan ketika minta mengulas tentang gerakan menjatuhkannya, dia menganggap itu merupakan persepsi orang luar yang melihat perkembangan kerjayanya.

Katanya, ia adalah perkara negatif itu sebagai satu dugaan yang perlu dilaluinya.

“Saya tidak tahu tentang itu, pada saya itu adalah persepsi orang lebih profesional yang nampak apa berlaku kepada saya.

“Semakin saya buat perkara yang positik, semakin banyak pula perkara negatif yang datang. Ini semua adalah dugaan dalam hidup,” - mStar.

Read more…

Tuesday, March 03, 2015

Uqasha Senrose malu Dituduh Tak Pakai Bra



Pelakon cantik, Uqasha Senrose hanya mampu ketawa apabila dituduh lupa memakai baju dalam (coli) ketika ketikadia menghadiri majlis pelancaran wajah baharu sebuah portal, bertempat di Kuala Lumpur itu. Pada hari itu, tampil anggun dengan gaun pendek paras lutut berwarna merah jambu.

Bercakap kepada Kosmo! , dia sebenarnya langsung tidak menyedari hal itu sehinggalah dia melihat melihat Twitter. Kata kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini, dia sungguh terkejut apabila terdapat cerita yang mendakwa dirinya tidak memakai coli.




“Saya hanya mampu ketawa apabila dituduh sebegitu. Saya bukan bodoh untuk keluar tanpa memakai coli dan memalukan diri sendiri. Mereka harus lihat gambar itu betul-betul sebelum membuat cerita yang mengaibkan saya.




Uqasha berkata demikian ketika dimina mengulas mengenai gaun tersebut menimbul kontroversi apabila dia dilihat seolah-olah tidak memakai coli. Perkara ini sudah menjadi hangat di internet, bahkan ada yang menuduhnya mengikut fesyen artis Hollywood.



Namun, jika gambar itu diteliti bukanlah Uqasha tidak memakai coli, sebaliknya bekas jahitan yang kelihatan.

Jelas Uqasha lagi, sebelum keluar rumah dia sudah lihat pada cermin beberapa kali dan tanya pada adik saya, okey atau tidak baju yang dipakainya. Malah dia tidak perasaan langsung bekas jahitan akan kelihatan sedemikian rupa.

“Saya yang malu untuk mengulas isu ini walaupun saya tidak salah. Otak saya masih waras dan tahu adat budaya Malaysia. Bagi saya, orang yang membuat cerita ini sudah tidak ada cerita untuk ditulis. Alangkah lebih baik jika mereka tanya sendiri hal itu kepada saya. Saya tidak kisah andai perkara yang ditegur itu benar berlaku tetapi tidak, mereka hanya mengada-adakan cerita yang tidak benar.

“Memang sangat malu. Sebabnya bukannya ada apa-apa, cuma bekas jahitan baju itu yang kelihatan. Saya harap selepas ini janganlah cepat membuat kesimpulan sebelum bertanya sendiri hal yang sebenar kepada saya”, katanya

Read more…

Monday, March 02, 2015

4 Gambar Perubahan Mengejut Erin Malek Selepas Berkahwin




Buat anda yang tidak tahu, Tahun lalu (10.10.14), Erin Malek telah pun selamat bergelar isteri kepada Farriz Fauzy. Majlis pernikahan telah berlangsung dengan meriahnya dengan kedua-dua mempelai ini kelihatan sangat cantik berseri-seri dalam persalinan pengantin berwarna kelabu. Selepas selesai segala urusan perkahwinan mereka kelak, Erin dan Farriz akan berbulan madu di Los Angeles.

Untuk makluman, majlis pernikahan Erin dan Farriz sebenarnya dirancang untuk diadakan pada Januari 2015 namun ia telah dipercepatkan setelah mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga. Iyerlah, benda baik buat apa nak ditangguhkan. Lagi cepat kahwin lagilah bagus. Namun oleh kerana pencepatan ini, ada pihak cuba memburukkan Erin dan suaminya, Farriz Fauzi dengan dakwaan mereka berdua berkelakuan tidak senonoh di depan umum beberapa hari sebelum majlis pernikahan mereka. Kata Erin Malek

Apa-apa pun, kami di Melastik Bulan Network mendoakan semoga Erin dan suami berbahagia sehingga ke anak cucu..











Read more…

Gambar Dieksploitasi, Nora Danish "Takut" Keluar Rumah



Pelakon cantik, Nora Danish menjelaskan penyebaran video yang mengeksploitasi wajahnya, baru-baru ini membuatkannya berasa takut untuk keluar rumah.

Jelas Nora, selepas penyerbaran video tersebut dia lebih berjaga-jaga dan menghabiskan banyak masa di rumah. Jika ada sebarang urusan penting, Nora akan keluar ditemani oleh ahli keluarga atau pun teman rapatnya.

"Kes itu memang memberi perasaan takut sehingga saya tidak berani untuk keluar rumah dan sekiranya perlu berbuat demikian saya akan pastikan ada orang menemani saya.

Menerusi video berdurasi kira-kira seminit itu, empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka mengancam untuk menyerang mahkamah pada 18 Februari ini pada pukul 11.30 malam.

Read more…

Friday, February 27, 2015

BELAHAN "ASET" JULIANA EVANS TANPA BRA YANG MENGANCAM!



WALAUPUN baharu sahaja pulang ke tanah air sebaik sahaja menamatkan pengajian peringkat ijazah di Amerika Syarikat, ternyata nama Juliana Evans masih lagi mendapat tempat di hati peminat tempatan.
Buktinya, dia terus disambar sebuah produksi tv untuk mengacarakan sebuah program hiburan dan sering kali wajah cantiknya dioles indah untuk diabadikan di majalah-majalah yang pastinya dapat menarik pembaca untuk membeli naskhah tersebut.
Baru-baru ini juga Juliana, 26, dan rakan baiknya yang juga seorang penyanyi, Kaka Azraff, 26, telah menjalani penggambaran bersama-sama dengan sebuah majalah urban nombor satu negara.

Yang menariknya, menerusi gambar yang diambil itu menampakkan sisi nakal dan liar Juliana atau lebih dikenali sebagai Jue apabila dia berani menggayakan pakaian yang mendedahkan sedikit bahagian dadanya.

Mungkin Jue teruja mahu menggayakan persalinan yang unik dan lain daripada lain bagi memberikan satu kelainan buat imej dirinya agar selari dengan tema yang telah ditetapkan oleh pihak produksi majalah tersebut.
Apa-apa pun penampilan Jue dan Kaka dalam majalah itu memang vass dan hot bagi kami! – MYNEWSHUB.CC

Read more…

DUA PELAKON SONGSANG TEMPATAN "KANTOI" TERSILAP GODA




Rasanya kalau sebut nama dua pelakon lelaki popular ini, ramai peminat gilakan mereka. Apatah lagi dikurniakan wajah kacak dan tubuh ‘sado’, wanita antara majoriti peminat mereka.

Namun dalam ramai peminat memuji, ada juga yang membenci. Seorang daripada mereka adalah teman Cik Pang yang meluat sangat dengan dua pelakon lelaki ini.

Entah apa yang dibencikan sangat dengan mereka Cik Pang pun tak tahu, hinggalah satu hari Cik Pang terbaca entri di laman sosial teman Cik Pang.

Dalam entri itu, teman Cik Pang memuat naik gambar fotografi dua pelakon itu bersama satu akhbar. Pada status, teman Cik Pang seolah-olah memerli dua pelakon itu supaya jangan hipokrit, malah turut mengatakan jangan sampai dia tunjuk bukti perbualan ala-ala menggoda lucah yang ditujukan kepada teman Cik Pang di WhatsApp.

Selepas dipujuk, baru teman Cik Pang bercerita me-ngenai perangai dua pelakon itu. Rupa-rupanya teman Cik Pang digoda pelakon lelaki itu yang kini cuba membina nama di negara seberang.

Kata teman Cik Pang, entah macam mana, pelakon itu mendapat nombor telefonnya lalu menghubungi teman Cik Pang untuk berkenalan.

Kalau setakat berkenalan biasa, tidak mengapalah. Ini tidak, perbualan si pelakon seolah-olah mengajak teman Cik Pang ke atas katil.

Masakan tak mengamuk teman Cik Pang sebab teman Cik Pang ni lelaki. Rupa-rupanya kedua-dua pelakon itu sudah lama perhatikan teman Cik Pang yang boleh dikategorikan sebagai lelaki kacak di laman sosial.

Mungkin selepas dimaki hamun, baru pelakon kategori kaum Nabi Lut itu berhenti menghubunginya. Ya lah, sebab sudah terkantoi tersalah menggoda lelaki sejati.

Pesanan kepada dua pelakon itu, cukup-cukuplah bikin onar sebab dunia hiburan ini tidak sebesar mana. Cik Pang sendiri pun sudah lelah dengar cerita kalian sukakan lelaki sedari dulu. Insaflah ya.

Read more…

Wednesday, February 25, 2015

Puteri Balqis dikecam





Sudah namanya artis tidak kiralah walau dia masih kanak-kanak sekalipun, gerak-geri dan tingkah laku pelakon cilik Puteri Balqis atau Aqish sentiasa menjadi perhatian ramai.

Tidak kurang, setiap kali Pelakon Wanita Terbaik Asia pada Asian Television Awards 2014 ini memuat naik gambar juga berkongsikan perkembangan terbaru menerusi laman Instagram miliknya @rockingbalqis, pasti akan mendapat ribuan ‘like’ daripada peminat.

Bagaimanapun baru-baru ini, pelakon berusia tujuh tahun ini dikecam ekoran memuat naik sekeping foto memperlihatkan gaya tangannya yang yang kebiasaannya dikaitkan dengan simbol ‘Rock’ ataupun simbol ‘I Love You’.

Namun, ada sesetengah pihak mempertikaikan aksi Aqish apabila mendakwa ia adalah simbol Yahudi.

Tidak cukup dengan itu, ada juga pengikut yang menegur supaya Aqish menutup aurat atau lebih tepat memakai pakaian yang sopan dan bertudung yang sudah tentu menampilkan gaya lebih manis.

Begitupun ada peminat berpendapat Aqish masih kecil dan selama ini tidak ada salahnya dengan pemakaian aktres cilik berbakat besar ini.

Sementara itu, dalam satu lagi ‘entry’ berlainan di Instagram (IG) miliknya, Aqish memberi amaran kepada segelintir peminat dipercayai peminat muzik K-pop yang menjadikan IG pelakon itu sebagai medan mencetuskan pergaduhan sesama sendiri menerusi komen berbaur sindiran dan boleh mendatangakan kemarahan.

Berang dengan sikap pengikut berkenaan, Aqish menegaskan yang dia akan menyekat pengikut tersebut untuk mengelakkan IG miliknya terus digunakan sewenangnya sebagai tempat untuk peminat mencari gaduh. – mD

Read more…

Thursday, February 12, 2015

Punca Sebenar Syaiful Zero "Tak Jadi" Kahwin



Memang pelik .. dah nak kahwin bulan depan tiba-tiba tunda pula.Mungkin dengan kejutan publisiti ini akan membuatkan perkahwinan mereka tidak lagi privacy,bagus juga tu kalau nak tunda daripada kahwin tapi tak senang duduk diganggu betul tak.Nanti boleh umum perkahwinan kemudian mana tau dapat penaja terbaik punya..

Mahu fokus pada kerja ! Itulah alasan Syaiful Zero mengenai penangguhan majlis perkahwinannya yang dijadualkan pada pertengahan bulan Februari ini.

"Perkahwinan tersebut ditunda kepada satu tarikh lain kerana saya mahu fokus kepada kerjaya bersama dua adik saya iaitu Sharif dan Atu," ujarn#ya.




Syaiful yang popular dengan nama lawaknya Melati# menambah, dia bersama adik-adiknya terlebih dahulu mahu membaiki rumah mereka di Kudat dan kemudian membawa ibu mereka menunaikan fardhu haji di Mekah.

"Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu.

"Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu… Buat masa ini bi#arlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu," ujar Syaiful dipetik sebagai berkata.

Read more…

Wednesday, February 11, 2015

Beberapa Gambar Manja Adik Kepada Che Ta Yang Memukau







nama glamernyer iemma

sorang lagi adik beradik Rozita Che Wan bertunang..klu tak silap 7nov lepas... ni akak kepada ayu rodah...
credit-kimMafia CARI

Read more…

Saman terhadap Zizan ditolak





KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengetepikan saman bekas pembantu peribadi pelawak dan pelakon, Zizan Razak terhadap artis itu berhubung pembekuan akaun Wire Fame Entertainment Sdn Bhd.

Hakim Datuk John Louis O’Hara membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Zizan, yang merupakan defendan kedua.

Dalam saman berkenaan, Marina Juki (plaintif) mendakwa beliau mengalami keaiban tetapi tidak menunjukkan bagaimana beliau mengalaminya, kata hakim itu ketika mengumumkan keputusannya.

Beliau berkata, plaintif juga gagal mendapat kebenaran untuk memohon tindakan dikenakan terhadap defenden ketiga seperti yang diperlukan mengikut Seksyen 181 A(1) Akta Syarikat.

Hakim itu memerintahkan kos RM10,000 dibayar kepada Zizan dan RM10,000 kepada Maybank Islamic Berhad.

Pada 30 September tahun lepas, Marina, 31, menyaman Maybank Islamic Berhad, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Ab Razak, 31, dan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd kerana peranan mereka dalam membekukan akaun syarikat itu.

Wanita itu mendakwa beliau mengalami kerugian besar dari segi wang kerana artis yang bernaung di bawah syarikat berkenaan tidak lagi berminat membaharui kontrak masing-masing memandangkan pembekuan akaun syarikat itu membayangkan ia menghadapi masalah.

Peguam Harjit Sandhu mewakili Marina, manakala Zizan dan Wire Fame masing-masing diwakili peguam Rishwant Singh dan Jimmy Liew, lapor Bernama.

Read more…

Salah Seorang Artis Jadi "ESCORT GIRL VVIP" Dikenalpasti



INGAT lagi tak, bulan lalu kami ada menyiarkan tentang pihak polis sedang menyiasat 10 gadis selebriti yang menjadi ‘Escort Girl’ dengan bayaran RM3,000 hingga RM10,000?

Peliknya, tup-tup nama pelakon jelita, Tasha Shilla menjadi sebutan dan dikaitkan antara 10 gadis Escort Girl tersebut.



Apa lagi, menerusi siaran Melodi semalam pelakon drama ‘Nasuha’ ini nyata terkejut apabila ditanyakan perihal isu ini.
Menerusi temu bual itu, Tasha memberitahu perkara ini telah mencemarkan namanya dan dia tidak teragak-agak untuk menggunakan khidmat peguam dalam hal ini.

Yela, siapa yang tak bengang kan bila mendapat tuduhan melulu sebegini.

Tasha Shila juga turut memohon agar semua pihak menghentikan menabur fitnah terhadap dirinya kerana boleh mendatangkan dosa kering sahaja kepada mereka.



Ermm… Kami sendiri tidak dapat memastikan kebenaran penglibatan Tasha Shila dalam kes ini, tetapi jika difikir-fikirkan, “tiada angin takkan pokok boleh bergoyang” kan?

Namun, Tasha menjawab dan menegaskan, “pokok pun boleh bergoyang kalau orang yang goyangkan”.

Haaa.. Dalam sungguh sindiran Tasha kepada pihak-pihak yang membuat fitnah kepadanya ini.

Apa pun, banyak-banyakkan bersabar la dik…. Kalau tak salah, buat apa nak takut. Ye dak? -mynewshub

Video Temu Bual Bersama Tasha Shila

Hosted on: kamithemedia.blogspot.com

Read more…

Gambar Bekas Adik Ipar Fiza Elite, Fyza Kadir Yang Hot & Menggoda



Pastu ramai yang tidak mengenali dengan seorang pelakon ala-ala hollywood, Fyza Kadir yang merupakan model terkenal dan artis di bawah naungan MIG.

Walaupun sudah bertahun-tahun terlibat dalam dunia seni lakonan tetapi popularitinya masih suam-suam kuku dan kurang dikenali berbanding beberapa pelakon baru wanita jelita lain.

Fyza Kadir juga dikhabarkan sudah berkahwin dan suaminya merupakan adik kepada bekas suami Fiza Elite, Ahmad Feruz Zainal Abidin tetapi sangkut di tengah jalan.

Read more…