Sunday, April 06, 2014

[ARTIS] 2 Foto: Punca sebenar Anzalna Nasir kemalangan teruk di Australia

Penulis tergamam seketika membaca laporan Harian Metro hari ini mengenai Anzalna Nasir. Pelakon itu didakwa mengalami kemalangan di Australia ketika menjalani penggambaran drama terbaru berjudul Aku Isterinya.

Beberapa keping gambar kemalangan berkenaan telah dimuatnaik oleh Anzalna di laman sosial miliknya dan mengejutkan ramai peminat. Apapun, mujur tiada perkara buruk berlaku dan Anzalna sertai beberapa pelakon lain yang menaiki kereta itu selamat.


Menurut Anzalna, kemalangan itu berpunca daripada tayar kereta yang tiba-tiba meletup dan pecah. Katanya, waktu itu nasib menyebelahi mereka kerana tiada kereta bergerak laju dari arah bertentangan dan pemandu dapat mengawal kenderaan.

Anzalna turut memberitahu tunangnya apa terjadi dan menunjukkan salinan gambar kerosakan yang mengalami kenderaan itu kepada buah hatinya supaya tidak berasa risau.