Mayat Marife R Wong, 43, yang juga warga Filipina, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman pada leher oleh seorang pelajar yang baru selesai mengikuti sesi latihan tenis di kompleks itu, jam 2.30 petang.
ANGGOTA polis membawa keluar mayat mangsa yang ditikam.
Difahamkan, sebelum kejadian, wanita yang bekerja sebagai guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen di bandar ini menghantar anak lelakinya berusia 18 tahun ke kompleks berkenaan, jam 7.30 pagi.
Menurut saksi, Ericson Mahaeh, 17, dia melihat mangsa di dalam kereta Hyundai Atos yang diparkir di depan kompleks sebaik tiba untuk mengikuti sesi latihan tenis, jam 8 pagi.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak menaruh perasaan curiga kerana berpendapat wanita itu menghantar anaknya yang turut mengikuti latihan tenis di kompleks berkenaan – Hmetro Online