Friday, April 18, 2014

[ARTIS] Anak Derhaka Kembali Ke Pangkuan Keluarga Setelah Menghidap Penyakit Misteri! - Afiq Muiz

Afiq Muiz Yang Pernah Digelar Anak Derhaka Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Sekitar tahun lepas, dunia hiburan digemparkan dengan berita mengenai perbalahan antara pelakon kacak, Afiq Muiz dan ibu kandungnya hingga Afiq dilabel sebagai anak dehaka.

Bagaimanapun, bak kata pepatah, air dicincang takkan putus. Begitulah juga hubungan Afiq dan ibunya kini yang khabarnya semakin baik.

Afiq ketika ditemui di majlis pelancaran wajah baru mStar Online berkata dia kini sudah insaf dan menyesal atas semua perbuatannya yang dilakukan sebelum ini.



Afiq Muiz Yang Pernah Digelar Anak Derhaka Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Afiq berkata, dia menyedari kesilapan yang dilakukan terhadap ibu yang sudah banyak berkorban demi membesarkannya dan dia sudah pun memohon ampun dari wanita berkenaan.
Syukur Alhamdulillah, kami dah tak ada masalah apa-apa, saya pun dah balik rumah dan ibu pun bersyukur sangat saya dah pulang.
Saya berterima kasih pada ibu saya yang telah melahirkan dan saya minta ampun maaf sebab buat perkara tersebut tempoh hari. Semuanya telah selesai.
Kalau nak tahu, Afiq telah kembali bersama keluarganya sekitar awal tahun yang lalu dan dia turut mengakui kontroversi yang melanda mematangkan dirinya.
Saya tak menyesal dengan apa yang terjadi kerana ia merupakan pengajaran paling besar dalam hidup saya sekaligus mematangkan saya.
Ada hikmah semuanya terjadi dan ketika itulah saya tahu siapa kawan dan siapa lawan. Pesan saya, siapa yang derhaka pada ibu, minta maaflah pada mereka.
Dalam pada itu, Afiq turut bercadang untuk meluangkan masa bersama ibunya sempena hari ibu nanti dan kini sedang berusaha mengumpul wang untuk mengerjakan ibadah Umrah bersama ibunya pada Januari tahun depan.

Apapun, syabas kami ucapkan kepada Afiq kerana sudah kembali ke pangkuan keluarga dan semoga hubungan Afiq dan ibunya akan bertambah baik.