Friday, April 18, 2014

[ARTIS] Sudah Buat Persiapan Kahwin Tapi Uqasha Senrose Mengaku Single!


 "Kalau Ikutkan Saya Memang Single –  Jawab Spekulasi Cinta Dengan Sekitar bulan Julai tahun lepas, Pekin dikatakan sudah bertemu dengan keluarga Uqasha Senrose atas urusan merisik dan pertunangan sekaligus.

Sejak dari situ, kedua-duanya dlihat sudah mula merancang untuk menamatkan zaman bujang dan persiapan perkahwinan juga sudah mula dijalankan.

Bagaimanapun, tiba-tiba timbul pula khabar angin yang mendakwa hubungan pasangan ini bergolak kerana orang ketiga iaitu Sharnaaz Ahmad sebelum ianya diketahui sebagai salah faham sahaja. 






Tidak hanya terhenti setakat itu, baru-baru ini timbul lagi spekulasi mengatakan Uqasha dan Pekin sebenarnya sudah memutuskan perhubungan, namun tiada sebarang jawapan diberikan oleh mereka. 

Uqasha yang ditemui sewaktu majlis pelancaran wajah baru mStar Online semalam seboleh mungkin mahu mengelak dari memberikan kenyataan berhubung isu berkenaan.

Sha tak nak komen panjang pasal ni. Takut salah cakap. Bukan mengelak dari menjawab tapi Sha rasa dia lebih layak untuk bercakap pasal ni. Buat masa sekarang Sha tak nak cakap pasal hubungan. Sha nak fokus pada kerjaya dan cari duit untuk keluarga.

Ditanya apakah status mereka sekarang, Uqasha hanya menjawab dia menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segalanya.

I leave it to takdir. Sekarang kami tak ada pun bincang pasal hubungan sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Mungkin kerja yang membuatkan kitorang buat hal masing-masing.

Dalam pada itu, Uqasha juga diminta memberi respon terhadap gambar di laman Instagram miliknya yang menunjukkan seolah-olah dirinya sekarang tidak terikat dengan sesiapa.

Picture can be anything, right? Kalau ikutkan Sha memang single dan Sha boleh kawan dengan sesiapa.

Menyentuh soal drama terbaru lakonannya bersama Qi Razali, Pekin dan Anzalna, Uqasha mengakui tidak menghadapi masalah untuk mereka bekerja bersama di set penggambaran.

Boleh dikatakan untuk drama Kalau Itu Jodoh Kita, 99% babak Sha dengan Qi, dengan Pekin cuma 2, 3 je. So Sha rasa takde masalah sangat kot.

Drama adaptasi novel berkenaan sedang menjalani penggambaran dan akan ditayangkan di TV Al-Hijrah tidak lama lagi.