Wednesday, April 23, 2014

[ARTIS] "Biarlah Saya Undur Diri" – Redzwani Puteri


Seperti kisah cinta di dalam drama pun ada apabila Shahrizal Jaszle secara tiba-tiba memuat naik sekeping gambar bersama seorang wanita dipercayai teman wanita barunya.

Ternyata tunang Shahrizal, Redzwani Puteri terkejut dan terpinga-pinga sewaktu bertanya, ‘What is this?’ di ruangan komen gambar berkenaan.

Cubaan untuk menghubungi Shahrizal bagi mendapatkan penjelasan gagal memandangkan pelakon itu kini sedang menjalani penggambaran di Australia.


Gambar kenangan sewaktu pertunangan Shahrizal & Redzwani 

Bagaimanapun Redzwani yang dihubungi oleh mStar Online menyatakan sudah tiada lagi perasaan cinta pada Shahrizal sebaik tunangnya itu curang dan sedia mengundur diri.

Biarlah saya undur diri. Mereka (Shahrizal dan Hanis) mengaku mereka adalah sepasang kekasih. Maka tiada lagi kewujudan saya.

Semalam, kekasih Shahrizal yang dikenali sebagai Hanis Husna telah mengeluarkan kenyataan kepada media dengan menafikan dirinya perampas kerana hubungan mereka sudah lama terjalin.

Artikel berkaitan: [ARTIS] Shahrizal Jaszle Curang Lagi! Apa Komen Tunangnya Redzwani Puteri??



Inilah dia kekasih baru Shahrizal, Hanis Husna 

Disebabkan itu, Redzwani enggan memberikan komen lebih lanjut namun tetap mendoakan kebahagiaan Shahrizal dengan kekasih barunya.

Malah pada 20 April lalu, Shahrizal telah menulis sesuatu kepada Redzwani di Twitter mengatakan mereka telah berpisah secara baik sebelum ini sekaligus mengesahkan hubungannya dengan Redzwani telah berakhir.


Tentang apa yang telah berlaku, tiada apa yang saya boleh katakan. Mereka pun telah membuat kenyataan masing-masing. Jadi, tak perlulah saya cakap panjang lebar. Semoga mereka bahagia dan berjaya dalam karier masing-masing.

Sementara itu, ibu kepada Shahrizal, Zaleha pula berasa sedih atas apa yang berlaku dan menganggap kedua-duanya tidak dijodohkan untuk bersama.