anak-anak malah bekas isteri pun dapat sama. Pokoknya tiada apa yang berubah, cuma terputusnya hubungan sebagai suami isteri.
Bagaimanapun dalam banyak kes perceraian, kes perceraian artis yang satu ini SS anggap paling menarik.
Jika orang lain turun naik mahkamah nak minta nafkah daripada bekas suami tetapi artis ini tidak perlu buat begitu kerana khabarnya sejak hari pertama
mereka bercerai, sampailah sekarang bekas suami terus menyara hidupnya.
Patutlah artis ini tidak begitu mengharapkan tawaran dalam bidang seni kerana segalanya serba mencukupi. Pernah juga SS bertanya kepada artis itu kalau
begitu caranya, maknanya kasih sayang mereka masih mendalam lalu kenapa perlu sampai bercerai. Jawapannya kerana artis itu tidak mahu menyakiti hari pihak
lain.
Siapakah pihak itu, biarlah SS rahsiakan dulu. Maknanya artis itu sanggup berkorban demi menyenangkan hati orang lain. Murni sungguh hati artis itu kerana
sanggup membiarkan hatinya terluka demi kebahagiaan insan lain.
Namun apa yang menggemparkan, SS difahamkan yang artis itu juga membalas keluhuran budi bekas suaminya itu dengan masih lagi memberi nafkah batin kepada
lelaki itu.