Ruangan komen di akaun Instagram selebriti boleh menjadi hiburan buat kita semua. Ada sahaja perbalahan atau debat yang sentiasa berlangsung tentang apa sahaja — dari hukum hakam agama sehinggalah fesyen selebriti.
Terbaru salah satu gambar Yana Samsudin yang kini berada di Sarajevo, Bosnia & Herzegovina berjaya mencetuskan perang komen dikalangan peminat apabila ianya menunjukkan aktress itu sedang didukung oleh seorang lelaki tempatan.
Kalau dibaca ayat yang menemani gambar tersebut, jelas Yana Samsudin bukan sengaja mahu meminta lelaki itu mendukungnya namun satu insiden yang menyebabkan kakinya terseliuh memaksa beliau untuk bergerak dengan bantuan orang lain.
“Gambar itu diambil ketika saya dalam keadaan darurat sebab kaki terseliuh dan tak boleh nak berjalan langsung,” ujar Yana Samsudin kepada Harian Metro.
“Nak tak nak kenalah (lelaki) yang kuat tolong saya. Kalau nak harapkan saya berjalan lambatlah jadinya. Kami pula kejar masa untuk lengkapkan jadual penggambaran di sini”
Yana Samsudin kini berada di Sarajevo bersama Iqram Dinzly (dan beberapa orang krew juga pelakon lain) untuk menjalani penggambaran di sana. Kepada peminat, jangan cepat melatah jika tidak tahu situasi ya. Berikut gambar mereka ketika di sana. Enjoice! (rtky/m)
Monday, April 28, 2014
- In: ARTIS
- Posted By: Anonymous