Showing posts with label ARTIS. Show all posts
Showing posts with label ARTIS. Show all posts

Monday, March 02, 2015

Shae Kini Semakin Popular di "Indonesia"

Penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang iaitu Shae tidak berasa malu untuk mengakui popularitinya di Indonesia tidak sehebat seperti mana di negara ini. Namun, sekarang ini setelah beberapa bulan berjuang, nampaknya usaha Shae menampakkan sedikit impak di mana nama beliau dikenali ramai.

Apabila dikatakan tidak terkenal, Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething, 20, berkata, dia rasa tidak tertekan dengan hal itu kerana menganggap rezeki masih belum berpihak kepadanya.




“Nama saya masih belum kuat di negara saya sendiri tetapi ia tidak membuatkan saya tertekan. Saya sendiri tidak tahu mengapa… tetapi itu bukan kerja saya untuk menentukan tentang perkara itu kerana itu semua kerja tuhan.”

Pada September tahun lalu, Shae hadir ke Malaysia bagi menerima penghargaan atas penjualan single Sayang yang terjual melebihi 1 juta unit secara digital dan pada minggu lalu, Shae kembali hadir untuk pelancaran lagu Rindu bersama Nukilan. Tampak sedikit perbezaan, kini muzik Shae makin diterima ramai oleh peminat di sana.

Dalam pada itu, Shae bagaimanapun berkata, peminat di Indonesia semakin menyedari kehadirannya apabila lagunya itu semakin rancak dimainkan di radio. Jelas Shae, sebagai penyanyi baharu dia perlu berusaha gigih untuk memastikan muziknya dapat diterima terutamanya di Indonesia.

Read more…

Tuesday, October 28, 2014

FOTO PANAS TIZZ ZAQYAH SEDANG TIDUR TERSEBAR

Baru-baru ini, gambar seorang individu didakwa mirip seorang pelakon wanita tersebar di laman sosial. Pelakon wanita yang dimaksudkan itu adalah Tiz Zaqyah.

Gambar yang menunjukkan Tizz Zaqyah sedang nyenyak tiduk dengan memakai topi jururawat di kepalanya tersebar. Tidak diketahui pula sama ada gambar itu dirakam oleh tuan empunya badan atau rakan sendiri.

Namun setelah memeriksa akaun instagram rasmi Tizz Zaqyah, tiada pula gambar berkenaan dimuat naik di laman instagramnya.




Menurut sumber, Tizz Zaqyah tertidur dilokasi pengambaran. Ada rakannya yang nakal bertindak merakam gambar Tizz yang sedang lena tidur dalam kepenatan.

Bagaimanapun, para peminat sempat meberikan pandangan Tizz Zaqyah kelihatan sedikit gemuk dan tembam. Namun tetap kelihatan comel dan cantik.




Sumber: My Media Hub

Read more…

Monday, October 27, 2014

Punca Sebenar Johan tak sertai MLM 2014







KUALA LUMPUR: Pelawak dan Penyampai Radio ERA fm, Johan yang begitu sinonim dengan program-program ‘reality show’ di saluran Astro Warna kali ini membuat keputusan untuk tidak menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014).

Mungkin ramai peminat yang kecewa kerana tahun ini tiada lagi gelagat pasangan serasi, Johan dan Zizan Razak atau Jozan dalam menyemarakkan saingan pelawak yang lain di MLM 2014.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, 31, memberitahu bahawa keputusan tersebut diambil atas faktor kesihatan dan komitmennya kepada kerja dan keluarga.

“Julai lalu saya ada membuat pembedahan pada ligamen lutut dan memang doktor ada menasihatkan supaya saya tidak banyak bergerak. Alhamdulillah, saya dapat menghabiskan Super Spontan musim kali ini,” kata Johan yang baru sahaja dinobatkan juara Super Spontan 2014.

Johan turut memberitahu pada masa yang sama isterinya, Ozlyn Wati kini sedang menunggu masa melahirkan anak keempat mereka.

“Ozlyn pun sekarang hanya menunggu masa bersalin, jadi sebab itu saya ambil keputusan untuk tidak menyertai MLM tahun ini kerana mahu berehat selepas Super Spontan dan membantu isteri bersama anak yang baru lahir nanti,” jelas Johan yang telah dikurniakan tiga anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Ozlyn.

Namun Johan menafikan timbul rasa cemburu melihat Zizan bergabung dengan Yus dan Tauke menjadi ‘Virus’ dalam MLM kali ini.

“Tak ada istilah cemburu bagi saya, tidak menyertai MLM kali ini bukan bermakna Jozan berpecah. Kalau ada show yang memerlukan Jozan, saya akan turut serta.

"Walaupun tidak menjadi peserta, saya akan tetap menjadi penonton setia dan menyokong semua rakan-rakan di pentas MLM nanti,” kata Johan.

MLM 2014 akan mula menemui peminat lawak negara November nanti dan masih mengekalkan pengacara berkalibernya, Datuk AC Mizal.

Selain kumpulan Virus, peserta lain yang menyertai MLM 2014 ialah Sepahtu, Shiro, SYJ, Nabil dan ramai lagi

Read more…

Saturday, October 25, 2014

Gambar HOT & Seksi Juliana Evans Mengejutkan Anda






Selepas menamatkan pengajian di dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi di Western Michigan University, Amerika Syarikat sekitar April 2014 yang lalu, ramai bertanyakan bilakah Juliana Evans akan kembali ke Malaysia sekaligus meneruskan penglibatan dalam dunia hiburan.


Bercakap kepada Harian Metro, Juliana Evans yang menyambung pengajian di Akademi Filem New York berkata beliau banyak menimba pengalaman ketika menetap di Los Angeles selain ada mengintai peluang berlakon serta terbabit dalam kerja-kerja produksi.

“Saya seronok berada di sini kerana banyak pengalaman baru yang ditimba. Cara mereka bekerja juga sedikit berbeza daripada kita. Di sini ramai kenalan yang sering membantu saya, memberi peluang serta galakan kepada saya untuk bergiat aktif. Jadi tidak terasa sunyi melainkan rindu kepada keluarga dan teman-teman rapat.”

“Bagaimanapun saya ambil keputusan untuk kembali kerana tanpa disangka walaupun tinggal jauh beribu batu dari Malaysia, ada pelbagai tawaran menarik menanti saya.”

“Malah ada produser sanggup menunggu sehingga saya pulang dan baru mereka akan mulakan penggambaran. Ini sangat membuatkan saya terharu kerana saya fikir mungkin orang sudah tidak ingat kepada saya kerana bertahun juga menetap di LA. Insya-Allah saya akan terbabit dalam sebuah produksi filem hujung tahun ini,” jelas Juliana Evans

Gadis berusia 25 tahun ini juga khabarnya bakal menandatangani kontrak sebagai duta produk kecantikan antarabangsa pada Januari 2015. Rezeki namanya –












Read more…

Friday, September 19, 2014

[ARTIS] Punca Sebenar Maya Karin Kembali "Single"


Maya Karin Kembali Single | Sebelum ini Maya Karin pernah mengakui dirinya dilamun cinta bersama seorang lelaki dari luar negara. Nasib baiknya, Maya Karin memang sangat pandai menyembunyikan kekasihnya hinggakan wajah lelaki tersebut belum pernah terpampang dimedia.

Namun menerusi artikel Kosmo, Maya Karin akhirnya mengakui dia telahpun berpisah dengan kekasihnya itu.

Jelas Maya, sebab utama yang menjadikan hubungan itu goyah apabila masing-masing mulai sibuk dengan karier dan jarang berkesempatan meluangkan waktu bersama.

"Hidup dan kerjaya saya ikut arus. Saya bukan seorang wanita yang melawan gerak angin tapi sekali-sekala jika perlu saya akan memberontak.

"Sekarang saya sudah kembali solo dan ada banyak sebab yang memutuskan hubungan kami berdua. Salah satunya kerana kami terlalu sibuk hingga tiada ruang untuk diluangkan bersama-sama.

"Selain itu, faktor jarak menjadi penghalang percintaan kami untuk kembang dengan sempurna. Susah juga untuk terbang ke sana setiap masa, bagi saya hubungan tidak patut terlalu susah dan tidak harus terlalu berjuang untuk mempertahankannya,"

"Buat masa sekarang Tuhan tidak berikan saya jodoh yang kuat, jadi mungkin selepas ini saya perlu membuka hati kepada individu lain pula. Ya, kami berpisah dengan cara baik atas dasar keadaan yang tidak mengizinkan.

"Saya sendiri pun ada komitmen lain di Malaysia, ada kontrak dan janji yang perlu saya tunaikan, jadi saya perlu profesional," tambahnya.


Selain Maya yang pernah beberapa kali terbang ke luar negara untuk bertemu jejaka berkenaan, pernah sekali jejaka itu bertamu di bumi Malaysia untuk berjumpa dengan Maya sendiri.

Maya berpegang kepada prinsip profesionalisme, memandangkan dia juga terikat dengan kontrak dan beberapa projek di Malaysia, tidak harus membiarkan dirinya hanyut kerana cinta.

Enggan membiarkan dirinya terpukul dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan peribadinya, Maya kini sibuk menguruskan kerjayanya yang semakin berkembang.

Read more…

AL- FATIHAH - GAMBAR TERAKHIR SEMASA PENGKEBUMIAN ALLAHYARHAM P.RAMLEE YANG BELUM PERNAH DISIARKAN (9 GAMBAR)


8 Gambar Terakhir Semasa Hari Kematian Allahyarham P. Ramlee


P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.


P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik.

Di Penang Free, P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).



Pada tahun 1964, P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang.

Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem, mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu.

Namun setiap yang hidup pasti akan merasai kematian, awal pagi Selasa bersamaan 29 Mei 1973, P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun.

Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini, jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan.

Pada 6 Jun 1990, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.
Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.

Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “ Teruna Kampung “.
Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947, pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.





Gambar-gambar semasa beliau kembali ke Rahmahtullah.Mungkin ramai yang tak pernah tengok termasuk saya.

Al-Fatihah buat Alllahyarham P.Ramlee


Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia.

Hancur badan dikandung tanah Budi baik dikenang juga Biar alam hancur dan musnah Jasa mu tetap dikenang juga Semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.

Read more…

Thursday, September 18, 2014

[ARTIS] PANAS!! ZIELA JALIL KONGSI GAMBAR DAH SIAP "COVER" P@YUDARANYA. MOTIF??

Layak bergelar pelakon senior, ternyata nama Ziela Jalil masih lagi gah berdiri sama tinggi bersama lambakan pelakon baru yang kini membanjiri industri hiburan tanah air.

Malah, nama Ziela Jalil pun dianggap ‘tak nak kalah’ dengan artis baru bila dia juga kerap kali dihambat dengan kontroversi panas. Ala.. sebelum ni wanita yang masih meletop ni pernah dikritik kerana dikatakan bergambar terlebih mesra dengan pelakon kacak, Keith Foo.

Tapi, apa yang kami perolehi menerusi kiriman aplikasi whatsapp semalam pun boleh tahan panasnya. Foto tersebut dipercayai dimuat naik oleh Ziela di laman Instagramnya semalam. Ha.. siap ‘blur’ kan baju di bahagian dada pulak tu!



Nak cover apa tu?
Kami pun kurang pasti apa yang mahu dikaburkan oleh Ziela Jalil di. Mungkin busana yang digayakan agak ketat di bahagian tersebut dan ia dikaburkan tersebut dilakukan demi mengelak kritikan orang ramai lagi.

Tapi, apa yang diperkatakan oleh followersnya ini ada kebenarannya juga. Daripada dok ‘blur’ kan bahagian itu, baik terus jangan upload kan?



Apapun, setelah kami tinjau Instagram Ziela, ternyata foto tersebut sudah dipada dan digantikan dengan foto di bawah. Tapi, ada pula yang mengatakan bahawa tangan dan kaki juga merupakan aurat wanita.



Aish..Tak beranilah kami nak komen lebih-lebih. Setiap manusia pasti akan ada khilafnya dan kita sentiasa disuruh untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri sendiri. Betul tak?

Read more…

Tuesday, September 16, 2014

[ARTIS] PANAS!!! 19 Koleksi Gambar Panas Artis Popular (19 GAMBAR)




















koleksi gambar artis pakai baju hot-hot
















Read more…

Monday, September 15, 2014

GAMBAR - Jom Lihat Kejelitaan Anak Dan Bini Pelakon "Mr Bean" Yang Membuatkan Anda Tak Kelip Mata!!





Rowan Atkinson, pelakon yang sangat dikenali ramai dalam peranan sebagai Mr Bean. Rowan Atkinson atau "Mr Bean" mempunyai anak perempuan yang sudah beranjak remaja dan cantik rupawan. Tidak seperti ayahnya, Lily Atkinson mewarisi wajah sang ibu, Sunetra Sastry. Lily mula menarik perhatian media selepas beliau mendampingi ayah "Rowan Atkinson" dalam tanyangan perdana Johny English Reborn di London, 2011.

Ketika itu, Lily yang baru berusia 16 tahun dan tampil menawan dengan mengenakan kasut boots dan baju pendek. Rupanya Lily mengikuti jejak ayah di dunia seni lakonan. Pada 2004, beliau yang tampil dalam filem keluarga berjudul Tooth. Tiga tahun kemudian, Lily turut belakon bersama Rowan Atkinson dalam filem Mr Bean 's Holiday. Sejak saat itu, Lily sudah mula jarang terlibat dalam pembabitantan dalam dunnia pefileman. Dia kembali muncul di hadapan awam dalam acara Goodward Festival pada Jun lalu bersama sahabatnya, Lord Settrington.

Rowan Atkinson (59 tahun) mempunyai dua orang anak dengan isterinya "Sastry", Lily dan Benjamin yang kini berusia 20 tahun. Atkinson dan Sastry berkahwin pada 1990 dan berpisah pada Februari lalu. (News)

Read more…

Wednesday, September 10, 2014

[ARTIS] PANAS!! FOTO GEBU SITI SALEHA UNDANG KOMEN LUCAH PEMINAT


Apa dah jadi dengan sebahagian pengikut Siti Saleha di laman Instagram peribadinya? Ada yang suka berfikiran lucah dan negatif sehingga sekeping foto seksi pelakon itu duduk di batang pokok besar pun boleh dijadikan bahan lucah melampau.


Kalau dipandang sekali imbas, tiada yang pelik dengan gambar yang dikongsikan namun oleh kerana Siti Saleha duduk di antara dua batang pokok besar, fikiran segelintir pengikutnya berimaginasi yang bukan-bukan.

Buktinya, korang boleh baca screenshot komen-komen di bawah yang amat tidak sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun.

Read more…

Monday, September 08, 2014

[VIDEO] PANAS!! AKSI SEKSI ADIK NEELOFA BERSELUAR PENDEK PARAS PEHA KEBASAHAN MENJADI VIRAL!


Adik kepada pengacara dan pelakon terkenal Neelofa, Ameera telah terjebak dengan satu sindrom yang kini sedang viral di laman sosial iaitu Ice Bucket Challenge.

Menerusi video di bawah, adik Neelofa hanya memakai seluar pendek sehingga menampakkan dengan jelas pehanya. Katak Comel berharap Neelofa boleh sedekahkan jubah abaya miliknya buat adiknya itu.



Read more…

Friday, September 05, 2014

[ARTIS] PANAS!! Gambar Kereta Ferrari Tauke Jambu, Peminat Sindir Hanez Suraya (4 GAMBAR)



Pelawak terkenal Tauke Jambu telah berkongsi sekeping gambar kereta ferrari berwarna merah di laman sosial yang dikatakan miliknya. Adakah benar kereta tersebut adalah milik beliau? Ini kerana bukan mudah untuk membeli ferrari, sekurang-kurangnya mesti mempunyai gaji konsisten puluhan ribu.

Gambar tersebut turut dikongsikan di sebuah page facebook terkenal dan mendapat pelbagai komen pujian dari peminat. Ramai yang seakan tidak percaya Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Bin Zakaria, 37, mampu membeli jenis kereta sedemikian.

Di sebalik komen-komen positif peminat, ada juga yang cuba mengaitkan beliau dengan Hanez Suraya memandangkan bekas kekasih aktres itu seorang kaya dan memiliki kereta ferrari.




Read more…