Jika memeluk Islam, biarlah ia didorong kerana kehendaknya sendiri, bukan kerana mahu berkahwin dengan Akim AF7. Penjelasan Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 23, itu sememangnya kena pada landasan sebenar iaitu peluk Islam kerana keikhlasan diri.
Menceritakan lebih lanjut mengenai pengetahuannya tentang islam, kata Stacy, dia mempelajarinya selepas mendapat bimbingan daripada Akim. Tambahnya, Akim juga banyak menjelaskan tentang Islam setiap kali mereka bertemu jika ada perkara yang tidak difahaminya.
"Akim banyak memberitahu saya tentang ajaran Islam dan banyak yang saya pelajari daripadanya," ujar Stacy dipetik sebagai berkata pada media di
Auditorium Bently Music, Petaling, semalam.
"Jika suatu hari nanti hati saya terbuka untuk memeluk agama Islam, saya mahu keputusan itu didorong atas kehendak saya sendiri.
"Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim, bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas," kata Stacy yang berasal dari
Kota Kinabalu, Sabah.
"Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke
Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.
"Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini dengan lebih mendalam,” katanya bersungguh.
Harapan dan
doa kita moga niat Stacy itu bakal menjadi kenyataan. Amin.