Oleh itu, ramai yang tertanya-tanya, jika sampai macam tu sekali sudah tentu masih ada ‘rasa sayang’ dalam hati masing-masing. Namun kenapa mereka bercerai?
Liza dan Zolkefli sudah 26 tahun mendirikan rumah tangga dan pasangan itu yang berkahwin pada tahun 1988 telah dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nurwaffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afiq, 10.
Memetik laporan Kosmo!, Liza memberitahu punca penceraian itu adalah kerana tiada kesefahaman. Oleh kerana itu, dia dan bekas suami memilih untuk berpisah kerana menganggap itu sahajalah jalan yang terbaik.
“Memang ada blog menulis dan ada sebahagian orang-orang yang komen dalam blog itu yang mereka dan menokok tambah cerita. Mereka cakap kenapa bercerai pada umur sekarang? Saya ingin bertanya, adakah kehidupan manusia apabila umur mereka 60 atau 70 tahun tidak boleh bahagia? Kehidupan dalam berkawan atau berumah tangga, kalau tidak ada kebahagiaan, tiada kesefahaman, jalan yang baik adalah berpisah. Itu sahaja yang saya boleh cakap.”
Pelakon berusia 50 tahun itu berkongsi perasaan dan kehidupannya selepas bercerai.
“Kehidupan kena diteruskan. Kalau dari segi sebagai seorang ibu, saya tetap ibu kepada anak-anak saya. Kalau dari segi kehidupan, bekerja masih lagi terus menerus menerima tawaran berlakon. Tiada masalah. Alhamdulillah, saya dikelilingi dengan rakan-rakan dan peminat-peminat yang sentiasa menyokong dan memberi galakan kepada saya. Kepada yang mungkin tidak memahami dan tidak tahu, kehidupan saya selepas bercerai sama sahaja. Soal rumah tangga saya tidak pernah bincangkan atau ceritakan kepada sesiapa sejak dari dahulu lagi.”
“Sebenarnya, sudah berbelas-belas tahun saya hidup di Kuala Lumpur bersendirian manakala suami dan anak-anak duduk di Johor. Tetapi tidak perlulah saya bercerita lanjut kenapa. Sekarang, selepas bercerai kehidupan macam itu juga tetapi saya juga tidak nafikan kehidupan berpuluh tahun menjadi isteri dengan kehidupan setelah tidak menjadi isteri memang ada perbezaan.”
p/s: Nak buat macam mana sudah takdir Nya. Rumahtangga 26 tahun pun boleh bermasalah. Sama-sama jadikannya sebagai panduan dan pengajaran