Wednesday, April 02, 2014

Zul Huzaimy Bercinta Dengan Isteri Orang?

Kira-kira tiga tahun lalu, kisah perceraian Zul Huzaimy dan bekas isterinya, Nor Dalilah Muhammad menjadi isu utama di dada-dada akhbar. 

Mana taknya, pada ketika itu timbul spekulasi mengatakan bahawa Zul sanggup menceraikan isterinya hanya kerana tergila-gilakan seorang wanita di laman sosial Facebook.

Terbaru, Zul Huzaimy dikatakan sedang bercinta dengan seorang wanita bergelar isteri orang. Menerusi laman Instagram milik Zul, pelakon tersebut juga dilihat turut berkongsi foto bersama wanita itu dan secara terang-terangan membahasakan wanita itu dengan panggilan sayang.

Menariknya tentang wanita berusia 28 tahun itu yang didakwa berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan pelakon bagi sebuah drama terbitan produksi swasta, dia dikatakan masih berstatus isteri orang. Benarkah dakwaan ini?

Apapun, kita tunggu sahaja penjelasan dari Zul mengenai status sebenar hubungannya dengan wanita yang dibahasakan beliau dengan panggilan sayang – Ohbulan.com