Wednesday, April 02, 2014

MH370: Siasatan dapati penumpang MH370 bersih daripada elemen rampas, sabotaj, masalah peribadi dan sabotaj

KUALA LUMPUR Polis mendapati semua penumpang pesawat Malaysia yang hilang bersih daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi, tetapi masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
.

Beliau berkata, siasatan terhadap 227 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 itu mendapati mereka ‘bebas’ daripada empat elemen itu.

“Mereka didapati bersih daripada empat (elemen) itu. Ia (adalah) menurut prosedur (siasatan) kami sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemantapan kualiti pasukan polis di sini hari ini.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan berdasarkan empat elemen itu terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.

Khalid berkata, setakat ini polis telah merekodkan kenyataan daripada lebih 170 individu berhubung kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu dan menurutnya polis akan merekodkan lebih banyak kenyataan. – Bernama