Monday, June 02, 2014

[ARTIS] Lagi Gosip Anak Tiri Siti Nurhaliza, Apa Komen Izara Aishah Selepas Dikaitkan Bersama?


Amboi, bukan main lagi anak Datuk K yang bernama Adib ni. Lepas seorang, seorang lagi selebriti wanita digosipkan menjalin hubungan cinta dengannya.

Jika sebelum ini nama Ummi Nazeera dan pelakon baru kelahiran MiG, Nina Iskandar pernah dikaitkan, kali ini giliran Izara Aishah pula dikatakan intim dengan anak tiri kepada Dato’ Siti Nurhaliza.

Oh ya, kalau anda nak tahu, Izara kini sudah solo selepas putus cinta dengan kekasihnya yang dikenali sejak dari zaman sekolah lagi.

Ya, kami sudah putus. Cuma saya tak mahu komen lanjut. Saya tak mahu kenang kisah lama. Yang berlalu biarlah berlalu.

Difahamkan pula, hubungan Izara dan Adib mula dihidu sebaik sahaja gambar mereka berdua tersebar di internet sekitar minggu lepas.


Gambar yang menimbulkan kontroversi

Tetapi seperti yang dijangka, Izara menafikan mereka berdua sedang bercinta sebaliknya aktres ini melabelkan hubungan tersebut sebagai kawan lama sahaja.


Sebenarnya, gambar kami berdua seperti yang dipaparkan itu sudah diubah suai. Asalnya ada tiga orang termasuk seorang lagi kawan lelaki saya tetapi bahagiannya dipotong dan ia seolah-olah hanya kami berdua sahaja.

Saya sudah lama kenal Adib dan kebelakangan ini memang saya selalu keluar dengan kawan lama termasuklah Adib. Memandangkan beliau cukup popular dan dikenali, maka tak hairanlah ada pihak yang cuba ada-adakan cerita yang tak betul. Kami hanya sekadar kawan lama.

Kalau betul si cantik ini bukan dengan Adib, jadi lelaki di luar sana rasanya dah boleh mulakan strategi terbaik untuk memikat hati Izara. Tak gitu?