Tuesday, July 08, 2014
- Posted By: Anonymous
GAMBAR LAMA ISTERI DIDEDAHKAN - WANITA Di CERAI PADA MALAM PERTAMA
Malang sungguh nasib wanita yang baru saja bergelar sebagai seorang isteri ini tetapi telah diceraikan dengan serta-merta pada malam pertama perkahwinan mereka.
Pasangan berkenaan meraikan majlis perkahwinan mereka di sebuah hotel. Pengantin lelaki telah diberikan bunga dan sampul yang mengandung kad memori dan terselit sekeping nota yang menggesanya melihat gambar isterinya di dalam kad itu.
Akibat terkejut selepas melihat gambar isterinya dalam kad memori berkenaan, dia mengambil keputusan menceraikan isterinya pada malam itu juga.
Empat hari sebelum kejadian malang itu, pengantin perempuan dihubungi bekas kekasihnya sebelum majlis perkahwinannya. Bekas kekasihnya itu memaksa mereka berjumpa atau dia akan men-dedahkan hubungan mereka pada bakal suaminya.
Wanita malang itu cuba menasihati bekas kekasihnya agar melupakan hubungan mereka kerana dia ingin mulakan hidup baru dengan bakal suaminya.
Namun rayuan wanita itu tidak dipedulikan malah bekas kekasihnya tidak berpuas hati dan bertindak menghantar bunga bersama gambar pengantin perempuan yang membuatkan dia dicerai.