Kes saman pelawak dan pelakon popular, Johan Raja Lawak berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu pada tahun 2010 telah berpihak kepada Johan dan isterinya apabila Mahkamah Tinggi telah memerintahkan seorang pengarah dan syarikat penerbitan drama dan filem membanyar ganti rugi sebanyak RM170,000 kepada pasangan itu.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Su Geok Yiam yang turut memerintahkan pengarah Mohd Javed Mohd Nizar serta syarikat penerbitannya, Juara Filem Production Sdn Bhd membayar kos perubatan RM100 kepada Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Mohamad Aziz serta faedah lima peratus bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Pada masa sama, Su turut memerintah Mohd Javed dan syarikatnya membayar ganti rugi RM20,000 kepada isteri Johan, Rozlinawaty Ismail akibat trauma serta faedah lima peratus bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.
Mahkamah turut memerintah kedua-dua defendan membayar kos RM50,000 kepada pasangan itu.
"Kecederaan yang dihadapi pada wajah Johan menyebabkan parut kekal dan sebagai seorang pelakon Johan bergantung kepada wajahnya untuk mencari pendapatan akibat daripada kecederaan itu telah menjejaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon," katanya yang dipetik dari Bernama.
Pada 18 Julai 2010, pasangan Johan dan Ozlynn Wati telah memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan selepas mendakwa dipukul dan dibaling gelas sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada 11 Mei 2010. ~ Sumber