Setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti mendambakan cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan dan pengerat kasih sayang suami isteri.
Begitu juga dengan pelakon cilik, Liyana Jasmay dan pasangan yang telah dikurniakan seorang puteri comel bernama Sofia Arissa sekitar bulan Mei yang lalu.
Seperti kebiasaan, sudah pasti satu majlis Akikah akan diadakan untuk si comel kan? Ha.. apakata jom kita jengah sikit foto-foto menarik sekitar majlis akikah anaknya itu!
Antara foto yang dimuat naik oleh Liyana Jasmay
Wah! Memamg vogue la tempat berendoi anaknya! Dah setanding dengan pelamin orang kahwin gitu! Rasanya tak salah nak berbelanja besar jika berkemampuan kan?
Menerusi foto-foto yang dimuat naik, memang terserlah kecomelan anaknya itu dan sudah tentulah kecomelan itu diwarisi daripada Liyana dan suaminya yang boleh tahan handsome tu.
Apapun, kami turut mendoakan agar Liyana sekeluarga hidup bahagia hingga akhir hayat! Mana tahu lepas ni dah ada planning nak tambah ahli keluarga lagi ke kan?