Wednesday, August 20, 2014

[ARTIS] PANAS!!! Dayang Dan Diana Dikritik Akibat "TAYANG LURAH". GAMBAR


Kalau sebut saja nama penyanyi ini, pasti terbayang suaranya yang gemersik dan menikam kalbu. Siapa lagi kalau bukan Dayang Nurfaizah.

Lama tak dengar khabar Dayang kan? Tiba-tiba nama Dayang kembali hangat diperkatakan. Bukan kerana kariernya, tetapi disebabkan dress yang dipakai sewaktu sesi bergambar.

Kalau korang nak tahu, teruk juga Dayang ‘dihentam’ sebahagian peminat industri hiburan. Mana taknya, baju yang dipakai menampakkan sebahagian dadanya.

Ceritanya begini, melalui laman Instagram Lisa Surihani, dia telah memuat naik sekeping foto bersama Dayang, Diana Danielle, Awal Ashaari dan Tiz Zaqyah.

Namun, foto tersebut telah berubah menjadi medan perdebatan peminat yang tak suka dengan dress yang dipakai oleh Dayang.

Bukan Dayang saja tau, Diana Danielle turut terkena tempiasnya apabila dia dikatakan semakin seksi selepas mempunyai anak. Haa, macam mana tu?


Namun, tak semua memberikan komen negatif, ada juga yang menasihati Dayang dan Diana agar lebih berhati-hati dengan pemakaian. Maklumlah, inikan Malaysia, bukan Hollywood. Hehe.

Apapun, kami harap baik Dayang mahupun Diana, masing-masing mengambilnya sebagai teguran positif. Iyalah, peminat pun mesti menginginkan yang terbaik buat idola mereka kan?