Friday, December 05, 2014

Bergurau Dengan Zalora Akhirnya Dapat 'Stok' Baju Setahun

Bergurau Dengan Zalora Akhirnya Dapat Stok Baju Setahun | Gara-gara posting sang suami yang mahukan pihak Zalora tida melayan isterinya ketika dia melayari web site mereka, sepasang suami isteri dikunjungi pihak Zalora dan menerima kejutan apabila mereka dihadiahkan stok pakaian dari gedung online tersebut selama setahun.





Radzi Ali membuat posting di FB berbunyi “Hai Zalora kalau ada ternampak isteri saya ‘shopping’ dekat sini jangan layan ya… pura-pura kata ‘server down’ ke komputer, rosak ke? Pandailah bagi alasan ye. Untuk makluman nama isteri saya Nuzaimah ingat tau… akhirnya membawa tuah kepada pasangan tersebut.





Akibatnya, lima skuad Zalora daripada Bahagian Talian Fesyen Asia, telah melawat pasangan tersebut semalam di kediaman mereka di Kuala Lumpur untuk memberi hadiah kepada pasangan suami isteri itu iaitu kepada, Muhamad Radzi Ali dan Nuzaimah Ideris.





Sebelum itu, post Radzi Ali dikomen balas pihak Zalora yang meminta maaf kerana pihaknya tidak boleh berbuat sepertimana yang disuruh olehnya.

“Hai Radzi… hahahah maaf, kami tidak dapat mengesan setiap pelanggan kami yang melayari web kami dengan itu, web kami sentiasa berjalan lancar dan kami tidak dapat berpura-pura untuk mengatakan server kami down. Jika anda mahu menjimatkan wang anda… anda boleh mendaftar Newsletter kami untuk dapat baucer dan maklumat terkini mengenai jualan atau diskaun kami sehingga 70 peratus,”- Zalora.




Dalam pada itu, isteri Radzi Nuzaimah pula berkata Zalora tidak boleh berbuat demikian kerana bakal mengecewakan pelanggannya.




“Hi zalora. I don’t thinks it is good for you ban potential client like me. Don’t dispointed ur client zalora!,” tulis Nuzaimah.

"Kami tidak menyangka kejutan ini. Kami hanya bermain-main," kata Radzi.




Dalam pada itu, Pengarah Urusan Zalora Malaysia, Giulio Xiloyannis berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk melayan pelanggan seperti Radzi dan Nuzaimah di halaman Facebook mereka.

Tambah Xiloyannis, tujuan pemberian hadiah tersebut adalah untuk meraikan pasangan tersebut yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.




“Oleh itu pihak kami, berasa amat gembira untuk menghadiahkan Radzi dan Nuzaimah dengan hadiah-hadiah yang dipilih khas untuk mereka. Dengan pemberian Zalora dan Zalia kami harap Nuzaimah mengalami pengalaman indah sepanjang kehamilan dia,” tambah Xiloyannis.




Nuzaimah telah menerima bekalan pakaian dan kasut selama setahun dari Zalora serta baucar bernilai RM400.







Tuah ayam nampak dikaki....nampaknya tuah Radzi dan Nuzaimah nampaknya di Zalora la pula. Untuk info, posting Radzi dan Zalora ini telah menjadi viral diseluruh dunia, jadi mungkin admin kezoom pun kena fikirkan apa yang boleh dijadikan bahan selepas ni...mana tau ade rezeki macam pasangan nih...hehehe