Friday, December 05, 2014

Pemandu McLaren P1 Berharga USD1 Juta Kemalangan Kurang 24 Jam Selepas Di Beli

Satu peringatan kepada pembeli 'supercar' supaya jangan terlampau seronok/excited dengan kereta baru terutamanya kereta mahal macam McLaren P1 di bawah ni.




Sebuah kereta keluaran McLaren Automotive, McLaren P1 remuk teruk selepas ditemui terbabas di McKinnon Street, Dallas, lapor Mirror.co.uk.



Pemandu yang juga tuan punya kereta, seorang lelaki berumur 27 tahun dikatakan baharu sahaja menerima 'supercar' kurang 24 jam sebelum itu.





Mangsa menerima kereta tersebut pada Selasa minggu lalu dan dijumpai terbabas di penghadang jalan pada jam 7:41 pagi keesokan harinya.




Pemandu dan seorang lagi penumpang berumur 24 tahun dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.





McLaren P1 berupaya menghasilkan 903 kuasa kuda dan berharga lebih dari AS$1 juta.