Beberapa gambar sebuah kereta Proton Iriz yang dipercayai pertama telah mengalami kemalangan hingga diisytihar total lost telah tersebar dimedia sosial.
Menurut laporan Kenari Utara Suhairi Hery, difahamkan pemandu Proton Iriz tersebut mengantuk dan melanggar sebuah lori yang berada di hadapan pada 3 Disember 2014 yang lalu.
Apa yang menariknya, pemandu Iriz tersebut hanya mengalami kecederaan kecil dan dan mampu berjalan keluar daripada keretanya yang baru saja dimiliki 3 hari.
Yang pasti melihat kepada gambar ini, ciri-ciri keselamatan Proton Iriz terbukti berkesan dalam membantu menyelamatkan atau meminimumkan kecederaan mangsa kemalangan..(Walaupun begitu, jangan kita lupa... semuanya bergantung dengan izinNYA.)
Nyata 5 bintang Asean NCAP berbaloi dengan pelaburan Proton untuk Iriz selama ini.
Bagaimanapun, kami berharap Proton akan terus membaiki apa jua kelemahan yang ada pada kereta buatan mereka sehingga hati rakyat Malaysia kembali terbuka seperti dulu...
Walaupun begitu, kita juga akui yang kompeni automotif tahap gergasi pun tetap ada masaalah dengan kereta terbaru buatan mereka....-ye laa...dah nama pun buatan manusia...mana ada yang sempurna.
Apapun, sekalung tahniah buat Proton...