Sunday, December 07, 2014

“Saya buat video itu hanya untuk parodi sahaja”



KUALA LUMPUR - Setelah klip ‘Video Untuk Abg Romantic’ mendapat kecaman dan cacian, pemilik akaun Facebook Puteri Bidadari (Usni) hari ini menjelaskan motif di sebalik video yang dimuat naiknya semalam.

Gadis itu berkata, video berkenaan sebenarnya hanya parodi dan semata-mata berniat untuk hiburan semata.

Dia menghasilkan video itu kerana berminat dengan gaya parodi yang ditonjolkan oleh seorang lelaki warganegara Singapura yang dikenali sebagai Abang Romantik.

“Saya buat video itu hanya untuk parodi sahaja.

“Saya betul-betul terhibur apabila membaca komen daripada anda semua. Ada yang suka, ada yang benci. Ada yang marah, ada yang caci

“Itu hak anda mahu cakap apa pun. Saya sedikitpun tidak marah, malah terhibur dengan komen yang diberikan,” kata gadis itu dalam status di akaun Facebooknya.

Sekalipun gadis itu berkata ia hanya parodi untuk tujuan jenaka dan hiburan, namun dia telah memuat naik dua klip video yang saling berkaitan.

Selain klip ‘Video Untuk Abg Romantic’ yang berdurasi 1 minit 36 saat, satu klip lagi diberi judul ‘Video untuk Abg romantic! Part II Jawapan dr Ina.. why Ina diam..’ sepanjang 3 minit 57 saat,

Video pertama memaparkan seorang gadis yang membahasakan dirinya Ina meluahkan perasaan kecewa terhadap pasangannya yang mungkir janji, manakala dalam video berikutnya beliau meminta agar bekas teman lelakinya itu memulangkan ‘teddy bear’ yang dihadiahkan.

Tidak dapat dipastikan sama ada penjelasan beliau bahawa kedua-dua klip berkenaan hanya parodi itu betul atau sekadar alasan kerana dicemuh.Apapun kedua-duanya menjadi viral dan mendapat sambutan hangat di laman Facebook sejak semalam